Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Belanja Duit dari Internet

    memandangkan blog ini merupakan tempat paling sesuai untuk aku merapu, jadi menjadi lumrah kandungannya pelbagai perasa dan warna. Memandangkan hampir 4 bln aku tanam anggur namun tidak menghasilkan sebarang duit, jadi kadar kebuntuan dan ketepuan aku semakin tinggi sekarang.

    Namun, atas nasihat kawan2 yg sentiasa membebel agar aku focus dlm apa yg tgh aku dok main2 skang. Percaya atau tidak serius pada aku bermaksud main2 dan bergembira. Mungkin ramai kawan2 aku yg dah buat duit dr internet melebihi RM1000 sebulan dan ramai gak yg dah berhenti keje utk focus online job.

    Di pihak aku pulak tidak seindah mana, cukuplah utk bayar bill dan tampung duit makan dan minyak motor aku tiap2 bulan. Untuk beberapa bulan pertama tanpa duit poket dr parent aku, sedikit risau kerana pertama kali tak mkn duit free. Namun, aku kena telan pahitnya sbb ini yg aku pilih. Nak buat duit dr internet daripada jadi lecturer.

    Setakat ini aku tetap gembira dgn membelanjakan duit dari internet ni sebaik mungkin. Segala perbelanjaan seharian aku sekarang adalah duit dr internet dan bukan duit dr abah, emak, kakak dan abang. Ya, aku dah berdiri diatas kaki sendiri skang. Walaupun tidak setebal mana poket aku tp aku gembira sbb graduate menganggur seperti aku ini tidak perlu minta duit dr org lain lagi.

    Mungkin 6 bln dari skang aku akan berusaha untuk menghasilkan duit yg bukan sekadar cukup untuk diri aku jer tp lebih dari cukup untuk aku hulur2 kan pada parent aku. Aku tahu mungkin mereka akan berat untuk terima pemberian aku skang kerana sebagai ‘anak manja’ yg selama ini duduk di bawah payung emas mereka, aku lebih sinonim dgn menerima daripada memberi. Tp itu dulu, aku mahu buktikan manja itu tidak membunuh sikap berdikari dlm diri aku.

    Aku ingin mencari semuanya dgn usaha aku sendiri, bukan sekadar pekerjaan malahan segalanya. Aku berhenti dr menerima aku ingin memberi pula skang. Yup, memberi bukan sekadar duit malah masa untuk keluarga yg tercinta.

    Posted on 27 March '07 by catzer, under Jana Duit.

    2 Comments to “Belanja Duit dari Internet”

    1

    Fazli wrote (27.03.07 at 13:30)

    Alhamdulillah..

    aku manja gak .. lebih kurang ceritanya cam ko ni :D

    Alhamdullillah sejak serius ngan internet biz ni rezeki datang dari pelbagai sudut

    Apa pun Good Luck :)

    Wassalam

    2

    catzer wrote (28.03.07 at 14:51)

    hi fazli..thanks sbb singgah kat blog aku ni. Itulah rezeki yg halal mmg berlambak melalui internet ni cuma malas dan masa yg membezakan seseorang tu..

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.