Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Blog Perniagaan Internet

    Mungkin aku selalu terlewat membaca isu2 panas dlm blog2 perniagaan internet gergasi di Malaysia ini. Lantaran itu aku bagaikan terpanggil utk membuat diskusi sendiri mengenai isu lambakan website dan weblog berkaitan perniagaan internet. Isu ini boleh di baca di blog smartusaha. Mungkin ianya lebih tertuju pada newbie2 meskipun tidak dinyatakan. Adakah aku terasa hati? Oh, tidak..Kerana blog ini bukan semata-mata mengenai perniagaan internet. Blog aku ini cukuplah sekadar tempat aku belajar mencurah perasaan melalui blog menggunakan wordpress dlm bahasa ibunda.

    Jika mahukan blog perniagaan yg asli, alang telah menyenaraikannya di dlm blog beliau. Aku bangga kerana blog kawan2 aku telah tersenarai di sana. Jika kau seorang newbie, adakah perlu menulis blog perniagaan internet kerana ingin menunjukkan kau bakal seorang gergasi dlm perniagaan internet ini? Jawapannya tidak ada pada aku, terpulang pada diri sendiri. Itu pilihan bukan satu perkara yg wajib, itu hak kau untuk menulis apa jenis blog pun janji content nya tidak di ciplak.

    Newbie, adakah kau terfikir utk mendelete sahaja blog tersebut? Wahai kawan, dunia ini ada atas dan bawah dan ianya berpusing. Jika kau berani membuat blog sebegitu, teruskan dgn niat murni dan buktikan itu bukan blog sampah mahupun ciplak. Jika kau takut bertanya kerana selalu dimaki / di marah kerana kurang berusaha, adakah kau sudah tunduk kepala jika bersua? Maki dan marah ini kau jadikan azimat, bila terasa putus asa kau telan kepahitan itu dan jika kau bisa tahan mengapa mahu menyerah semudah itu.

    Ini bukan lautan yg tanpa gelora, ini lautan yg penuh gelora dan ikan jerung. Kau adalah ikan sardin yg bakal di masukkan ke dlm tin bercap Ayam jika ko masih membuntut jerung2 itu. Kawan, jgn katakan jerung2 itu kejam jika kau gagal mencari panduan hanya kerana malas berusaha. Aku ingin berkongsi byk perkara tp aku juga ikan sardin spt kamu.

    Jgnlah bermimpi jika kau tak mampu tidur. Seorang kawan aku memakan masa 3 thn utk merealisasikan mimpi nya. Tp, itu dia..kita adalah kita. Jika kau rasa aku mencabar kewibawaan kau, terpulang. Aku bukan ingin membakar semangat sesiapa. Ini diskusi hati aku, kau tak puas hati, takper..itu pendirian kau sendiri, milik sejati yg bisa kau bikin senjata melawan jerung2 itu dan bukan aku.

    Posted on 15 March '07 by catzer, under Isu Semasa.

    9 Comments to “Blog Perniagaan Internet”

    1

    aku wrote (15.03.07 at 23:46)

    puitis sungguh.. :)

    2

    catzer wrote (16.03.07 at 02:52)

    oh..en.aku, kadang2 diskusi hati mmg begitu.

    3

    mohdismail wrote (17.03.07 at 08:12)

    he he..
    betul tu…
    melambak sgt da blog pasal perniagaan internet ni..
    naik tepu dah aku jalan-jalan,alih2 jumpa blog sefesyen je..
    huu

    4

    aman wrote (21.03.07 at 13:16)

    biar lambat, janji tau… :D

    5

    [...] Blog Perniagaan Internet [...]

    6

    azwanhadzree wrote (11.04.07 at 06:31)

    aku baca dan aku tertawa sendirian. menarik artikel ni. especially dari pautan ‘membontot jerung2′ tu :)

    7

    catzer wrote (12.04.07 at 11:54)

    azwanhadzree..hehehe..istilah tu aku rasa paling sesuai..tanpa menjerut sesiapapun..hehe

    8

    kasimo wrote (12.05.08 at 02:14)

    ala newbie pun nak kongsi gak apa yang dia tau… macam nak luahkan perasaan gak le…
    - terasa aku masa mula-mula baca bab aku pun baru nak buat blog pasal perniagaan internet.

    9

    catzer wrote (12.05.08 at 17:49)

    kekekek..jgn terasa apa2..itu just personal opinion jerk.

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.