Kerusi Paling Indah
Bile org tanya aku apa paling penting kalau nak buat ebiz di internet. Jawapan aku bukanlah computer mahupun talian internet tetapi kerusi. Yer, kerusi. Tanpa kerusi yg baik, kita akan mengalami ketegangan pada urat saraf belakang dan strain pada tgn. Percaya atau tidak, kerusi adalah perkara paling penting kerana tanpa nyer keselesaan pasti tidak mampu diperolehi.
Ciri-ciri kerusi yg baik:
1. Boleh di adjust ketinggian bergantung pada kedudukan tangan anda dgn meja.
2. Memiliki kusyen yg empuk bg mengelakkan punggung anda cepat kebas, dan mampu mengampuh tulang belakang anda dgn baik.
3. Kerusi tersebut lebih indah jika memiliki arm rest, agar tangan anda berapa pada posisi yg baik semasa rehat.
4. Keteguhan kerusi sgt penting, sekiranya anda bersaiz anak gajah belilah kerusi bersaiz yg sesuai. Jgn plak beli kerusi berdasarkan saiz poket anda tp belilah berdasarkan saiz badan anda.
5. Pilihlah warna kerusi yg sesuai dgn warna kegemaran anda, walaupun kenyataan ini pelik tetapi hakikatnya ianya tetap penting pada aku kerana warna memainkan peranan yg penting sebagai sumber inspirasi aku.
Sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal kerusi, tp takde masa plak. Kerusi yg aku pakai skang dah tunggu utk di recycle jer. Jadi, semlm aku pergi tgk kerusi baru di kedai perabot. Kalau aku ingat nanti aku tunjukkan pic kerusi tu disini. (alah, kerusi pun nak tunjuk, suke hati akulah)..



2 Comments to “Kerusi Paling Indah”