Semalam Yang Hangat
sebenarnya aku nak post semlm tp gomenasai terlalu penat. So, tido awal. So semlm aku tak cukup tido sbb terpaksa bgn awal utk htr fify dptkan vaccination and deworm. Klinik utk rawatan hanya pada pukul 8.30 - 12.00 tengahari. Dimana klinik haiwan ni, actually berdekatan dgn balai bomba shah alam. Ianya milik Jabatan Haiwan dan berapa aku kena charge semlm, around 30 hinggit.
Then, balik dr klinik, aku br plan nak tido tetiba ghapo (classmate masa diploma) ajak kuar lunch. So, keluar lunch ngan dia. Ptg tu baru jer plan nak tido tetiba ada budak on behalf Domino promote coupon Domino plak. Setelah lesap RM20 aku, aku tgk masa telah berlalu dgn pantas sekali. Oooh..tidak dah masuk asar bermakna aku tak boleh tido dah.
Mlm tu aku pergi mkn domino dgn wayer dan k.wa(kakak wayer). Then, kakak aku phone plak nak jumpa kat kedai mkn Amin Thai. Yup, aku kepenatan tp pergi juga sbb nak jumpa anak saudara aku Sally. Lps mengumpat secukup garam, akupun blah. Baru jer letak punggung di kerusi. Telefon aku berbunyi, my partner Raimi call, dah janji nak jumpa dia mlm tu..Oooh tidak. Merempit aku ke Plaza Alam Sentral jumpa di disana dan pergi mkn di Bistro kat Seksyen 9.
Setelah memenuhkan perut dgn soup cendawan dan garlic bread, kami beredar. Aku sampai ke rumah dlm pukul 1.00 am. Ngantuk..sgt2 ngantuk..
Setelah semalam yg hangat kerana terover makan. Hari ini aku hanya duduk di rumah melayan fify..



3 Comments to “Semalam Yang Hangat”