Tahun ini berlalu dgn cepat sekali, Maulidur Rasul datang kembali tanpa aku perasan. Betapa teruknya aku tidak mengingati hari Keputeraan Rasul yg Tercinta. Sebenarnya bukan aku terlupa langsung, tetapi mungkin kerana sambutan terhadapnya tidak seperti sambutan tahun baru hatta hari raya.
Namun, cinta aku padanya membuatkan hati aku merintih dan menangis. Betapa kasih seorang Nabi pada umatnya, aku menunduk malu. Terima kasih buat post dr mail yg membuatkan aku ingin melakukan post yg sama.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada semua umat islam di dunia.
Posted on 30 March '07 by catzer, under Beautiful Islam. 3 Comments.
tadi aku pergi ke satu cc (cyber cafe bukan credit card) dkt kawasan rumah aku ni. Aku nak print sesuatu untuk digunakan esok. Memandangkan satu cc tu lokasi dia dibawah dan bukan di tingkat atas, aku terus park motor depan kedai tu. Tp ternyata hampa, masalah minggu lepas semasa aku nak print benda yg sama masih belum di atasi. “Adik, printer warna masih rosak lagi.” Pergh, muka aku berubah.
Terpaksa aku mengheret kaki aku menyeberangi jalan dan naik ke tingkat 2. Tak sampai 5 minit, masalah aku selesai. Sambil kaki aku melangkah turun ke tingkat bawah aku terfikir kalau ada kali ke tiga aku perlu print file ni, mungkinkah aku akan ke cc tadi semula kerana lokasi yg cukup baik..tp sayangnya servis yg hampeh.
Posted on 28 March '07 by catzer, under Jana Duit. 1 Comment.
memandangkan blog ini merupakan tempat paling sesuai untuk aku merapu, jadi menjadi lumrah kandungannya pelbagai perasa dan warna. Memandangkan hampir 4 bln aku tanam anggur namun tidak menghasilkan sebarang duit, jadi kadar kebuntuan dan ketepuan aku semakin tinggi sekarang.
Namun, atas nasihat kawan2 yg sentiasa membebel agar aku focus dlm apa yg tgh aku dok main2 skang. Percaya atau tidak serius pada aku bermaksud main2 dan bergembira. Mungkin ramai kawan2 aku yg dah buat duit dr internet melebihi RM1000 sebulan dan ramai gak yg dah berhenti keje utk focus online job.
Di pihak aku pulak tidak seindah mana, cukuplah utk bayar bill dan tampung duit makan dan minyak motor aku tiap2 bulan. Untuk beberapa bulan pertama tanpa duit poket dr parent aku, sedikit risau kerana pertama kali tak mkn duit free. Namun, aku kena telan pahitnya sbb ini yg aku pilih. Nak buat duit dr internet daripada jadi lecturer.
Setakat ini aku tetap gembira dgn membelanjakan duit dari internet ni sebaik mungkin. Segala perbelanjaan seharian aku sekarang adalah duit dr internet dan bukan duit dr abah, emak, kakak dan abang. Ya, aku dah berdiri diatas kaki sendiri skang. Walaupun tidak setebal mana poket aku tp aku gembira sbb graduate menganggur seperti aku ini tidak perlu minta duit dr org lain lagi.
Mungkin 6 bln dari skang aku akan berusaha untuk menghasilkan duit yg bukan sekadar cukup untuk diri aku jer tp lebih dari cukup untuk aku hulur2 kan pada parent aku. Aku tahu mungkin mereka akan berat untuk terima pemberian aku skang kerana sebagai ‘anak manja’ yg selama ini duduk di bawah payung emas mereka, aku lebih sinonim dgn menerima daripada memberi. Tp itu dulu, aku mahu buktikan manja itu tidak membunuh sikap berdikari dlm diri aku.
Aku ingin mencari semuanya dgn usaha aku sendiri, bukan sekadar pekerjaan malahan segalanya. Aku berhenti dr menerima aku ingin memberi pula skang. Yup, memberi bukan sekadar duit malah masa untuk keluarga yg tercinta.
Posted on 27 March '07 by catzer, under Jana Duit. 2 Comments.
Mungkin aku selalu terlewat membaca isu2 panas dlm blog2 perniagaan internet gergasi di Malaysia ini. Lantaran itu aku bagaikan terpanggil utk membuat diskusi sendiri mengenai isu lambakan website dan weblog berkaitan perniagaan internet. Isu ini boleh di baca di blog smartusaha. Mungkin ianya lebih tertuju pada newbie2 meskipun tidak dinyatakan. Adakah aku terasa hati? Oh, tidak..Kerana blog ini bukan semata-mata mengenai perniagaan internet. Blog aku ini cukuplah sekadar tempat aku belajar mencurah perasaan melalui blog menggunakan wordpress dlm bahasa ibunda.
Jika mahukan blog perniagaan yg asli, alang telah menyenaraikannya di dlm blog beliau. Aku bangga kerana blog kawan2 aku telah tersenarai di sana. Jika kau seorang newbie, adakah perlu menulis blog perniagaan internet kerana ingin menunjukkan kau bakal seorang gergasi dlm perniagaan internet ini? Jawapannya tidak ada pada aku, terpulang pada diri sendiri. Itu pilihan bukan satu perkara yg wajib, itu hak kau untuk menulis apa jenis blog pun janji content nya tidak di ciplak.
Newbie, adakah kau terfikir utk mendelete sahaja blog tersebut? Wahai kawan, dunia ini ada atas dan bawah dan ianya berpusing. Jika kau berani membuat blog sebegitu, teruskan dgn niat murni dan buktikan itu bukan blog sampah mahupun ciplak. Jika kau takut bertanya kerana selalu dimaki / di marah kerana kurang berusaha, adakah kau sudah tunduk kepala jika bersua? Maki dan marah ini kau jadikan azimat, bila terasa putus asa kau telan kepahitan itu dan jika kau bisa tahan mengapa mahu menyerah semudah itu.
Ini bukan lautan yg tanpa gelora, ini lautan yg penuh gelora dan ikan jerung. Kau adalah ikan sardin yg bakal di masukkan ke dlm tin bercap Ayam jika ko masih membuntut jerung2 itu. Kawan, jgn katakan jerung2 itu kejam jika kau gagal mencari panduan hanya kerana malas berusaha. Aku ingin berkongsi byk perkara tp aku juga ikan sardin spt kamu.
Jgnlah bermimpi jika kau tak mampu tidur. Seorang kawan aku memakan masa 3 thn utk merealisasikan mimpi nya. Tp, itu dia..kita adalah kita. Jika kau rasa aku mencabar kewibawaan kau, terpulang. Aku bukan ingin membakar semangat sesiapa. Ini diskusi hati aku, kau tak puas hati, takper..itu pendirian kau sendiri, milik sejati yg bisa kau bikin senjata melawan jerung2 itu dan bukan aku.
Posted on 15 March '07 by catzer, under Isu Semasa. 9 Comments.
mungkin korang agak pelik kenapa aku rajin menggunakan jari utk memasukkan beberapa post dlm minggu ni. Sebenarnya, beberapa hari lepas aku agak sibuk kerana masalah kesihatan dan order dr client yg berlambak.
Sebenarnya aku nak review sedikit ttg site 1billionblogger ni. Ianya adalah milik 2 org kawan aku iaitu Syia dan Fikri. Walaupun umur mereka lebih muda dari aku tp serius kehebatan mereka agak memberahikan semua generasi muda. Mungkin ramai yg ingin menyamakan team ini spt team saifulsham mahupun road2millionaire . Tidak lupe juga team flarebiz, milik 2 anak bujang yg bersemangat membara.
Namun, setiap team yg dibina datang dgn konsep mereka yg tersendiri. Jadi, aku memberi ruang pada setiap team dgn sama sekali tidak akan menyamakan mereka dr apa2 bahagian pun. 1billionblogger, dimana aku lebih byk berbicara dgn Syia berbanding Fikri kerana aku seorang pemalu. Team ini mengetengahkan beberapa idea sedia ada menjadi lebih kreatif dan membaik pulih pelbagai kesamaran idea yg mungkin kita tidak pernah dengar ataupun tidak mahu ambil tahu pasal idea tersebut.
Setakat ini aku juga masih samar dgn team ini memandangkan masih terlalu awal utk aku membuat kesimpulan mengenai team ini. Apapun, kehadiran 2 anak muda ini akan banyak membantu newbie2 yg sengkek seperti aku. Good luck utk mereka berdua.
Posted on 13 March '07 by catzer, under Jana Duit. 3 Comments.
aduh..sakit nya hati aku mendengar fakta bodoh sebegini. Aku baca berkaitan isu ini di blog mail dan lelabu.
Fakta acuh tak acuh ini telah menguris hati ribuan penganggur seperti aku yg merupakan full time blogger (buat masa skang). Menyifatkan blogger wanita sebagai penipu adalah ibarat seorang insan kuno yg tidak dpt membezakan istilah tipu dan kebenaran. Hak aku sebagai blogger bagaikan tersekat, di mana kebebasan utk blogger menyuarakan isi hati di blog yg aku byr dan create sendiri tanpa se sen pun duit mereka.
Beberapa bulan lepas 2 org blogger telah di saman, adakah aku mangsa seterusnya dgn mengkritik fakta yg tidak tepat ini? Kenapa kita perlu berpura-pura buta melihat kebenaran di hadapan mata. Takperlah, dacing disana lebih adil dr mana2 keadilan di dunia. Aku akur tapi tak bemakna membutakan mata.
Aku harap, kepada menteri-menteri yg hanya mengharapkan pembantu dlm mencari fakta yg sahih. Sesekali berpijaklah di bumi nyata, di saat anda membina istana ramai homeless di malaysia tidur di kaki2 lima. Di saat anda mkn dgn mewah di hotel2 besar, ada ramai rakyat malaysia yg bermatian utk dptkan sesuap nasi. Anda dipilih utk bekerja utk rakyat, bukan membazirkan wang rakyat.
Pilihan raya akan tiba, adakah aku akan merosakkan undi lagi..??
Posted on 13 March '07 by catzer, under Isu Semasa. 4 Comments.
Bile org tanya aku apa paling penting kalau nak buat ebiz di internet. Jawapan aku bukanlah computer mahupun talian internet tetapi kerusi. Yer, kerusi. Tanpa kerusi yg baik, kita akan mengalami ketegangan pada urat saraf belakang dan strain pada tgn. Percaya atau tidak, kerusi adalah perkara paling penting kerana tanpa nyer keselesaan pasti tidak mampu diperolehi.
Ciri-ciri kerusi yg baik:
1. Boleh di adjust ketinggian bergantung pada kedudukan tangan anda dgn meja.
2. Memiliki kusyen yg empuk bg mengelakkan punggung anda cepat kebas, dan mampu mengampuh tulang belakang anda dgn baik.
3. Kerusi tersebut lebih indah jika memiliki arm rest, agar tangan anda berapa pada posisi yg baik semasa rehat.
4. Keteguhan kerusi sgt penting, sekiranya anda bersaiz anak gajah belilah kerusi bersaiz yg sesuai. Jgn plak beli kerusi berdasarkan saiz poket anda tp belilah berdasarkan saiz badan anda.
5. Pilihlah warna kerusi yg sesuai dgn warna kegemaran anda, walaupun kenyataan ini pelik tetapi hakikatnya ianya tetap penting pada aku kerana warna memainkan peranan yg penting sebagai sumber inspirasi aku.
Sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal kerusi, tp takde masa plak. Kerusi yg aku pakai skang dah tunggu utk di recycle jer. Jadi, semlm aku pergi tgk kerusi baru di kedai perabot. Kalau aku ingat nanti aku tunjukkan pic kerusi tu disini. (alah, kerusi pun nak tunjuk, suke hati akulah)..
Posted on 12 March '07 by catzer, under Buat Duit. 2 Comments.
Beberapa bln bergelar penanam anggur tegar, aku dpt merasakan dilema yg sama spt penanam anggur yg lain. Beberapa bln lepas aku berkenalan dgn beberapa penanam anggur yg lain. Keadaan mereka sgt teruk berbanding aku, mungkin kerana ada diantara mereka pergi interview lebih 10-20 kali tp masih gagal meninggalkan title penanam anggur ni. Malah lebih sadis lagi kebanyakkan penanam anggur adalah graduate perempuan. Sebanyak mana mereka di university jadi sebanyak itulah mereka menjadi penanam anggur.
Itu tidak termasuk dilema graduate yg tinggal bersama keluarga. Telinga mereka sudah tidak larat mendengar bebelan dan tekanan dr keluarga. Ada yg cuba mencari ruang dgn bermlm di rumah sanak saudara atau kawan2.
Pagi tadi parent aku call, tanya dah keje belum dan kenapa lama tak call mereka. Jawapan aku agak selamba, merajuk. Sebenarnya, hati aku ini runtun mendengar suara mereka. Impian aku sama spt graduate lain ingin memberikan sesuatu yg terbaik utk parent setelah bekerja. Tp, mungkin rezeki aku belum tiba jadi aku perlu tabahkan hati aku ni agar menjadi seteguh tembok cina mahupun tembok Berlin yg dah runtuh tu.
Aku bersyukur kerana tidak mkn hati kerana tiada 1 interviewpun aku pergi dan tidak perlu pening kepala di bebel oleh keluarga setiap hari kerana aku tinggal di rumah sewa.
Graduate yg menanam anggur, janganlah mkn hati dgn apa yg berlaku. Aku sendiri tak dpt nafikan perasaan yg hancur dan pelbagai lagi. Tp, lihatlah masalah yg berlaku skang ni dr persepsi yg lebih baik. Rantaian hidup ini tak kan putus selagi kita masih berusaha dan kudus atas segala dugaan _ Nya.
Posted on 12 March '07 by catzer, under True Life. No Comments.
sebenarnya aku nak post semlm tp gomenasai terlalu penat. So, tido awal. So semlm aku tak cukup tido sbb terpaksa bgn awal utk htr fify dptkan vaccination and deworm. Klinik utk rawatan hanya pada pukul 8.30 - 12.00 tengahari. Dimana klinik haiwan ni, actually berdekatan dgn balai bomba shah alam. Ianya milik Jabatan Haiwan dan berapa aku kena charge semlm, around 30 hinggit.
Then, balik dr klinik, aku br plan nak tido tetiba ghapo (classmate masa diploma) ajak kuar lunch. So, keluar lunch ngan dia. Ptg tu baru jer plan nak tido tetiba ada budak on behalf Domino promote coupon Domino plak. Setelah lesap RM20 aku, aku tgk masa telah berlalu dgn pantas sekali. Oooh..tidak dah masuk asar bermakna aku tak boleh tido dah.
Mlm tu aku pergi mkn domino dgn wayer dan k.wa(kakak wayer). Then, kakak aku phone plak nak jumpa kat kedai mkn Amin Thai. Yup, aku kepenatan tp pergi juga sbb nak jumpa anak saudara aku Sally. Lps mengumpat secukup garam, akupun blah. Baru jer letak punggung di kerusi. Telefon aku berbunyi, my partner Raimi call, dah janji nak jumpa dia mlm tu..Oooh tidak. Merempit aku ke Plaza Alam Sentral jumpa di disana dan pergi mkn di Bistro kat Seksyen 9.
Setelah memenuhkan perut dgn soup cendawan dan garlic bread, kami beredar. Aku sampai ke rumah dlm pukul 1.00 am. Ngantuk..sgt2 ngantuk..
Setelah semalam yg hangat kerana terover makan. Hari ini aku hanya duduk di rumah melayan fify..
Posted on 8 March '07 by catzer, under True Life. 3 Comments.
Persetankan.com merupakan website yg aku kerap lawati bukan utk skodeng atau membuat comment..yer..aku tahu aku insan yg kedekut utk meninggalkan comment, bukan kerana aku kurang bijak dalam hal itu tp kebesaran huruf M dlm hidup aku buat aku semakin Malas.
Jatuh cinta pada seni photography seawal umur 9 thn buat aku suke pada gambar2 dan camera. Meskipun hingga kini aku tak mampu memiliki kamera idaman aku tp cinta aku pada seni ini tidak pernah pudar. Melihat mereka2 yg gah bersama ’senjata’ kesayangan buat aku tercabar, namun biarlah..photography itu seni meskipun ramai yg telah menukarkan nyer menjadi note berlambang RM pelbagai warna.
Hari ini aku ke site yg sama, membelek2 picture2 yg indah disana. Aku obses pada keindahan setiap gambar, mungkin suatu masa nanti aku akan bina suatu tugu cinta aku pada seni ini. Seni ini adalah memori, yg tak bisa aku pulangkan atau garab kembali.
Posted on 2 March '07 by catzer, under Internet. 3 Comments.