Si Pengemis
yup, buat masa skang aku adalah pengemis..bukan mengemis di kaki jalan dan pada mereka yg tak ku kenali..tp mengemis kasih pada mereka yg rapat dengan aku. Bukan duit yg aku pinta tp cukuplah keikhlasan dan sedikit syg utk aku seorang yg bernama manusia.
Saban hari hati aku seperti dirobek disebabkan setiap resume yg dihantar tidak berbalas apatah lagi panggilan interview. Apakah terlalu sukar utk menerima insan yg normal dan cute mcm aku ni..Wajar ke aku mengemis di company2 ni agar menerima aku bekerja.
Hari ini aku seperti bersemangat semula, bukan semangat utk mencari keje tetapi semangat utk pergi mkn dan main2 dgn kucing aku. Berat badan aku semakin turun kerana susah hati tidak bekerja. Ditambahkan lagi dgn keputusan parent aku utk memberhentikan sebarang nafkah terhadap aku. Aku kudus menerima hukuman kerana menolak tawaran yg mereka usahakan utk aku. Biarlah, aku tetap perlu buktikan walaupun apa yg aku buat ini terlalu kecil nilai yg aku dpt berbanding bekerja dgn org tp sekurang-kurangnya aku tidak perlu mengemis pada family aku lagi.
Aku ingin luahkan perasaan ini, tp pada siapa? Salah siapa sehingga skang aku tidak mendapat apa2 tawaran pekerjaan tidak penting lagi buatku. Life must goes on. Aku akan bangkit semula walaupun tanpa cita2 yg aku pikul selama 25 thn lalu. Aku akan bina semula apa yg telah runtuh ini. Biarlah mereka tidak fhm apa yg aku inginkan. Tp si pengemis ini bukan mengemis wang ringgit tp cukuplah sedikit kepercayaan. Percayalah kegagalan ini bukan ku pinta, ianya tercipta utk melonjakkan aku lebih jauh. Tolonglah percaya..



2 Comments to “Si Pengemis”