Siapa Aku
Hari ni kebetulan sempat berborak dgn sorang brother ni. Perbualan kami agak serius dan mungkin ada menimbulkan sedikit perasaan panas hati. Siapa yg panas, aku sendiri tak pasti. Biasalah itu namanya berdiskusi.
Kadang-kadang org akan berkata apa sahaja yg mereka suke secara sengaja atau tidak di dunia maya ni. Lebih mudah kerana tidak perlu menunjukkan muka dan perasaan sebenar, cukuplah dgn penulisan yg mudah utk difahami. Aku kental menghadapi apa jua pandangan org pada aku. Pemalas, kurang berusaha, demand atau apa sahaja yg terlepas dr mulut mereka kerana hakikatnya mereka tidak mengenali siapa aku dr konsep kemanusiaan yg sebenar. Hatta kadang-kadang manusia yg kita kenali bertahun-tahun pun agak sukar untuk kita kenali hati budi mereka.
Aku hanyalah seorang insan yg gah menyatakan sesuatu sekiranya aku pasti ttg sesuatu perkara itu. Masakan tidak aku selalu bertekak dgn emak hanya kerana aku menolak 2 tawaran menjadi lecturer. Tidak! Itulah titik noktah aku terhadap kerjaya seorang pendidik. Jgn ada sesiapa cuba membuang titik noktah itu. Cukup.
Mungkin brother tu sedikit kecewa dgn sikap aku yg menolak idea nyer bulat2. Hakikatnya tiada sesiapa yg mengenali atau mengetahui kemampuan diri sendiri melainkan kita. Kemampuan diri ini lebih sinonim jika disebut sebagai kemahuan atau kehendak.
Aku tersenyum membaca penulisan bro tersebut, you must STAND TALL. Yup, aku lebih suke duduk di atas gunung berbanding berdiri di atas bukit. Tidak ada sesiapa yg tahu siapa diri aku sebenar melainkan aku dan Allah. Dimana aku sekarang? Aku sedang duduk menyembunyikan diri memikir apa yg ingin aku makan esok. Kenapa mkn yg aku selalu risaukan. Sbb, tanpa mknn kita tak mampu lakukan apa yg ingin kita lakukan, tak terdaya dan tak bertenaga.
p.s-thanks bro, apapun setiap manusia ada satu ruang dimana bile mereka hilang arah mereka akan pulang keruang tersebut. Sy, berada di ruang itu skang.



3 Comments to “Siapa Aku”