Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Kegilaan di KFC

    Hari ni aku makan malam di KFC Seksyen 18, aku order set burger max so ada chessy wedges yg wayer suke sgt tu. Wayer ambil set dinner plate.

    Tgh sibuk2 beratur tetiba aku lihat ada seorang budak perempuan ni merayap2 di dlm KFC. “Eh, wayer budak tu gile ke?” Wayer plak tercengang-cengang bertanya mana budak tu.

    Selepas dpt order kami naik ke tingkat dua, membaham chessy wedges. Tiba- tiba budak yg aku nampak tadi dtg ke meja kami dan dgn selamba merampas chessy wedges tu. Kami tergamam.

    Budak tu pusing-pusing ke meja org lain dan turut merampas air dan chessy wedges customer lain. Tiba-tiba dia dtg lagi ke meja kami dan mengambil air wayer. Wayer muke dah tak puas hati. Aku kebingungan.

    Budak perempuan tu berlalu setelah di halau oleh pekerja KFC, yg bestnyer kami dpt cheesy wedges baru diganti oleh KFC. Tgh syok2 mkn, wayer beri hint budak tu dtg lagi.Wayer mengelabah suruh aku sorokkan wedges gantian tadi dan air aku. Aku tutup wedges tu dgn kotak burger max aku. Selamat. Then, dia dtg ke meja kami utk minum air wayer dan berlalu dengan muka tanpa perasaan.

    Seorang pekerja wanita dtg mengutip sisa2 mknn yg ditinggalkan dimeja kami oleh budak tadi. Sempat aku bertanya ” selalu ke dia kat sini?” “Adalah 3-4 kali sehari.” “Sape dia tu?”Aku mcm wartawan yg sibuk nak tahu rahsia org pulak. “Dengar cerita anak ustaz dan ustazah, pandai sangat sampai jadi mcm tu, tp tak pastilah betul ke tak.”

    Aku rasa budak tu obses pada wedges lah…Wayer tergelak..tp maybe itulah hakikatnya, budak ni makan byk sgt wedges, aku rasa ada 3-4 wedges di kebasnye.

    Kepada mereka yg nak ke KFC atau McD (ya, McD yg bertentangan dgn KFC ni pun menjadi mangsa). Berhati-hati, mungkin hari ini dia mengebas wedges sahaja. Esok lusa mungkin dia akan kebas set foldover atau burger max plak. Tak salah utk bg mknn pada org gile, tp budak perempuan tadi umur sekitar belasan tahun, terlalu muda utk melalui kehidupan org gile. Siapakah yg perlu bertanggungjawap, KFC dan MCD?

    p.s- jangan biarkan ramai lagi manusia normal lari dari masalah dgn berpura-pura gile.

    Posted on 11 February '07 by catzer, under True Life.

    2 Comments to “Kegilaan di KFC”

    1

    aku wrote (12.02.07 at 06:09)

    aiseh.. kenape nak kene sangkut dengan perkataan ‘anak ustaz dan ustazah’ tu?

    hmm… kalo aku, dah lama ler manager kfc tu kene panggil mengadap.. hahah.. sape suruh tak jaga kawasan..

    kesian bila difikirkan :(

    2

    catz wrote (13.02.07 at 05:44)

    erm..entahlah..kesian gak. Tp,remaja skang ni fikiran mudah terganggu dan gagal mengatasi masalah dgn baik.Mereka belum bersedia utk dhumbankan ke alam globalisasi.

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.