Kebakaran di Blok 9
Sebenarnya kejadian ni berlaku pada 9hb lepas. Tp aku tak sempat dlm erti kata yg sebenar malas nak upload dan tertangguh berhari-hari.
Kejadian ini berlaku dalam pukul 6.30pm, waktu tu hujan agak lebat gak dan kilat yg sgt kuat telah menyebabkan litar pintas di 2 buah rumah di sayap kiri bangunan blok aku duduk ni. Aku tinggal di sebelah hujung sayap kanan.
Sebenarnya sewaktu kilat tu aku tgh syok2 main game, fify terkejut dari tido tp aku control2 macho tunjuk berani. Tetiba kedengaran macam kesesakan jalan raya yg teruk di hadapan jln ke arah klang depan rumah aku ni. Tp aku sedap makan kepak ayam sambil main game. Tetiba kedengaran bunyi siren bomba dekat gile di telinga aku.(ish, nak mkn pun tak syok).
Aku mengendap di luar tingkap, mak ai ramainya makhluk allah diluar. Aku pun nak menyibuk jugak turun menyertai yg lain. Aku tanya diaorg kenapa, semua tak tahu tp ada gak yg ckp ada kebakaran. Tak nampakpun asap, hehehe..bomba dah sedutlah..lambat sgt aku ni. Keadaan kurang dramatic aku naik amik camera snap skit2 dan sambung main game. Ops, dgr cerita bomba terpaksa mengangkat kereta2 yg menghalang laluan mereka. Itulah masalahnya bile parking kereta sesuke hati, menyusahkan org lain bila berlaku kecemasan.




Picture-picture ni aku snap dlm keadaan ingatan aku adalah pada kepak ayam. Aku berdiri dekat bahagian koridor rumah. Nak turun amik picture yg lebih menarik rasa malas dan rimas kerana terlalu ramai org yg berhimpun di situ. Lagipun adegan dramatic yg aku selalu terbayang-bayang (akibat pengaruh tv) tidak berlaku.



2 Comments to “Kebakaran di Blok 9”