Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Kegelapan dan Keseraman

    Tadi kawasan rumah aku seksyen 7 dan sedikit area seksyen 8 black out tetiba. Ada dekat sejam. Aku off laptop aku sbb takde internet takde maknanye laptop aku tadi.

    Lepas berkerah pergi beli lilin aku pasang dekat ngan meja dan ruang tamu. Aku ambil beberapa majalah yg aku beli weekend hari tu untuk dibaca. Housemate yg lain berkumpul di tgh-tgh ruang tamu mengelilingi lilin yg aku pasang, mcm semut menghurung gula. Aku layan baca majalah perlahan-lahan sbb cahaya kurang jelas.

    Dalam kesamaran malam, housemate aku mula buka cerita seram dari satu ke satu cerita. Aku pasang telinga bukan kerana nak mendengar cerita hantu tu(almaklumlah aku ni penakut tahap dewa) tp aku rasa dr sekolah hingga ke ipta bile time keadaan takde elektrik, gelap dan suram..kenapa mesti nak buka cerita seram. Aku tergelak sendiri, mungkin kegelapan ini sudah sinonim dengan keseraman.

    Perut aku yg sakit ini aku tahan sehingga bekalan elektrik kembali pulih..Diakhir cerita seram tu, ada statement pasal hantu makan lilin. Aku tak mampu membayangkannya, sebab perut aku yg sakit ni lebih kuat perasaannya dari keseraman yg mereka cipta dikala kegelapan.

    Posted on 7 February '07 by catzer, under True Life.

    One Comment to “Kegelapan dan Keseraman”

    1

    aku wrote (09.02.07 at 07:02)

    heh, sakit perut mengalahkan perasaan takut.. menarik.. :)

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.