Archive for February, 2007
yup, buat masa skang aku adalah pengemis..bukan mengemis di kaki jalan dan pada mereka yg tak ku kenali..tp mengemis kasih pada mereka yg rapat dengan aku. Bukan duit yg aku pinta tp cukuplah keikhlasan dan sedikit syg utk aku seorang yg bernama manusia.
Saban hari hati aku seperti dirobek disebabkan setiap resume yg dihantar tidak berbalas apatah lagi panggilan interview. Apakah terlalu sukar utk menerima insan yg normal dan cute mcm aku ni..Wajar ke aku mengemis di company2 ni agar menerima aku bekerja.
Hari ini aku seperti bersemangat semula, bukan semangat utk mencari keje tetapi semangat utk pergi mkn dan main2 dgn kucing aku. Berat badan aku semakin turun kerana susah hati tidak bekerja. Ditambahkan lagi dgn keputusan parent aku utk memberhentikan sebarang nafkah terhadap aku. Aku kudus menerima hukuman kerana menolak tawaran yg mereka usahakan utk aku. Biarlah, aku tetap perlu buktikan walaupun apa yg aku buat ini terlalu kecil nilai yg aku dpt berbanding bekerja dgn org tp sekurang-kurangnya aku tidak perlu mengemis pada family aku lagi.
Aku ingin luahkan perasaan ini, tp pada siapa? Salah siapa sehingga skang aku tidak mendapat apa2 tawaran pekerjaan tidak penting lagi buatku. Life must goes on. Aku akan bangkit semula walaupun tanpa cita2 yg aku pikul selama 25 thn lalu. Aku akan bina semula apa yg telah runtuh ini. Biarlah mereka tidak fhm apa yg aku inginkan. Tp si pengemis ini bukan mengemis wang ringgit tp cukuplah sedikit kepercayaan. Percayalah kegagalan ini bukan ku pinta, ianya tercipta utk melonjakkan aku lebih jauh. Tolonglah percaya..
Posted on 28 February '07 by catzer, under True Life. 2 Comments.
Minggu lepas aku pergi kedai kakak aku tolong dia setting untuk advertising dan pelbagai2 lah. Memandangkan aku merupakan seorang yg gile dengan internet, kakak aku tanya ttg beberapa program menjana duit di internet ni. Dia membebel-bebel pasal program baca email dan beberapa lagi program scam. Tak larat aku gelakkan dia, itulah memandai sgt nak duit mudah, padan muke..
Tetiba dia tanya lagi, ‘adik, empay tu ok ke?’ Huh, satu soalan yg aku malas nak berdebat dgn sesiapapun memandangkan kawan2 akupun ada buat gak. “Oklah, angah refer kat sini”. Aku mengodek2 laptop dan terus ke site En.Zaharuddin.
Sebenarnya terlalu byk program yg menjlnkan penjanaan duit secara mudah dan sejujurnya aku tak terlibat kerana ianya tidaklah semudah mana. Kena letak deposit ataupun kena byr gak. Mungkin org akan ckp sbb aku takde duit aku tak buat semua tu. Ini bukan soal ada duit ataupun tidak, tp pada aku setiap rezeki walaupun kecik aku akan usahakan dgn tenaga yg ada. Kerana perlu diingatkan “matlamat tidak menghalalkan cara”.
Posted on 26 February '07 by catzer, under Buat Duit. 1 Comment.
Apa korang ingat penanam anggur tak busy ke? Busy tau..Erm, aku baru jer masuk blog aku ni rasanya dah lama aku tak mencarut mengarut kat sini.
Oklah, my latest news tak byk berubah still suke mcm sayap ayam dan main ngan kucing aku. Bgn tido hanya untuk beli nasi lemak dan lepas tu tido balik. Aku hanya mkn sehari sekali, sejujurnya bukan kerana aku takde sen tp sbb aku malas nak kuar mkn.
Minggu ni agak kecundang idea sedikit, meskipun ada brainstorming bersama Syia. Maaf syia kecundang idea baru2 ini kerana terlalu tegar menjaga ladang anggur. Siapa syia ni, akupun tak tahu hehehe..but a good partner untuk borak2 idea yg sama.
Oklah, cuti Chinese New Year aku tak kemana-mana, just duduk rumah dan keluar dating. Semalam aku mandikan fify dan apa lagi aku buat yerk yg menyebabkan aku busy sehingga tiada masa nak update blog aku. Maybe masa berlalu terlalu cepat utk penanam anggur seperti aku ni.
Kepada mereka yg melawat blog aku ni. Thanks, blog ni akan terlalu sunyi tanpa kalian semua. Aduh..aku dah tahu sbb apa aku sibuk sgt. Bukan sibuk cari keje, tp aku sibuk mendownload seperti dulu.
Posted on 20 February '07 by catzer, under True Life. 4 Comments.
Hari ni kebetulan sempat berborak dgn sorang brother ni. Perbualan kami agak serius dan mungkin ada menimbulkan sedikit perasaan panas hati. Siapa yg panas, aku sendiri tak pasti. Biasalah itu namanya berdiskusi.
Kadang-kadang org akan berkata apa sahaja yg mereka suke secara sengaja atau tidak di dunia maya ni. Lebih mudah kerana tidak perlu menunjukkan muka dan perasaan sebenar, cukuplah dgn penulisan yg mudah utk difahami. Aku kental menghadapi apa jua pandangan org pada aku. Pemalas, kurang berusaha, demand atau apa sahaja yg terlepas dr mulut mereka kerana hakikatnya mereka tidak mengenali siapa aku dr konsep kemanusiaan yg sebenar. Hatta kadang-kadang manusia yg kita kenali bertahun-tahun pun agak sukar untuk kita kenali hati budi mereka.
Aku hanyalah seorang insan yg gah menyatakan sesuatu sekiranya aku pasti ttg sesuatu perkara itu. Masakan tidak aku selalu bertekak dgn emak hanya kerana aku menolak 2 tawaran menjadi lecturer. Tidak! Itulah titik noktah aku terhadap kerjaya seorang pendidik. Jgn ada sesiapa cuba membuang titik noktah itu. Cukup.
Mungkin brother tu sedikit kecewa dgn sikap aku yg menolak idea nyer bulat2. Hakikatnya tiada sesiapa yg mengenali atau mengetahui kemampuan diri sendiri melainkan kita. Kemampuan diri ini lebih sinonim jika disebut sebagai kemahuan atau kehendak.
Aku tersenyum membaca penulisan bro tersebut, you must STAND TALL. Yup, aku lebih suke duduk di atas gunung berbanding berdiri di atas bukit. Tidak ada sesiapa yg tahu siapa diri aku sebenar melainkan aku dan Allah. Dimana aku sekarang? Aku sedang duduk menyembunyikan diri memikir apa yg ingin aku makan esok. Kenapa mkn yg aku selalu risaukan. Sbb, tanpa mknn kita tak mampu lakukan apa yg ingin kita lakukan, tak terdaya dan tak bertenaga.
p.s-thanks bro, apapun setiap manusia ada satu ruang dimana bile mereka hilang arah mereka akan pulang keruang tersebut. Sy, berada di ruang itu skang.
Posted on 13 February '07 by catzer, under Uncategorized. 3 Comments.
Sebenarnya kejadian ni berlaku pada 9hb lepas. Tp aku tak sempat dlm erti kata yg sebenar malas nak upload dan tertangguh berhari-hari.
Kejadian ini berlaku dalam pukul 6.30pm, waktu tu hujan agak lebat gak dan kilat yg sgt kuat telah menyebabkan litar pintas di 2 buah rumah di sayap kiri bangunan blok aku duduk ni. Aku tinggal di sebelah hujung sayap kanan.
Sebenarnya sewaktu kilat tu aku tgh syok2 main game, fify terkejut dari tido tp aku control2 macho tunjuk berani. Tetiba kedengaran macam kesesakan jalan raya yg teruk di hadapan jln ke arah klang depan rumah aku ni. Tp aku sedap makan kepak ayam sambil main game. Tetiba kedengaran bunyi siren bomba dekat gile di telinga aku.(ish, nak mkn pun tak syok).
Aku mengendap di luar tingkap, mak ai ramainya makhluk allah diluar. Aku pun nak menyibuk jugak turun menyertai yg lain. Aku tanya diaorg kenapa, semua tak tahu tp ada gak yg ckp ada kebakaran. Tak nampakpun asap, hehehe..bomba dah sedutlah..lambat sgt aku ni. Keadaan kurang dramatic aku naik amik camera snap skit2 dan sambung main game. Ops, dgr cerita bomba terpaksa mengangkat kereta2 yg menghalang laluan mereka. Itulah masalahnya bile parking kereta sesuke hati, menyusahkan org lain bila berlaku kecemasan.




Picture-picture ni aku snap dlm keadaan ingatan aku adalah pada kepak ayam. Aku berdiri dekat bahagian koridor rumah. Nak turun amik picture yg lebih menarik rasa malas dan rimas kerana terlalu ramai org yg berhimpun di situ. Lagipun adegan dramatic yg aku selalu terbayang-bayang (akibat pengaruh tv) tidak berlaku.
Posted on 11 February '07 by catzer, under Uncategorized. 2 Comments.
Hari ni aku makan malam di KFC Seksyen 18, aku order set burger max so ada chessy wedges yg wayer suke sgt tu. Wayer ambil set dinner plate.
Tgh sibuk2 beratur tetiba aku lihat ada seorang budak perempuan ni merayap2 di dlm KFC. “Eh, wayer budak tu gile ke?” Wayer plak tercengang-cengang bertanya mana budak tu.
Selepas dpt order kami naik ke tingkat dua, membaham chessy wedges. Tiba- tiba budak yg aku nampak tadi dtg ke meja kami dan dgn selamba merampas chessy wedges tu. Kami tergamam. (more…)
Posted on 11 February '07 by catzer, under True Life. 2 Comments.
hahahaha…walaupun aku merupakan heavy user internet tp dari test ketagihan internet yg aku buat aku masih berada di level yg baik dan selesa.Ni adalah result test aku, korang boleh buat gak dan comment kat blog aku ni berapa yg korang dpt. Kenapa tak berani ke?
Mark = 39
You are an average on-line user. You may surf the Web a bit too long at times, but you have control over your usage.
Mungkin ada diantara korang keadaan nyer lebih dasyat dan ngeri dr aku. Tak mengaku? Cuba korang test ketagihan terhadap internet di:
INTERNET ADDICTION TEST
Posted on 9 February '07 by catzer, under Hiburan. No Comments.
Tadi kawasan rumah aku seksyen 7 dan sedikit area seksyen 8 black out tetiba. Ada dekat sejam. Aku off laptop aku sbb takde internet takde maknanye laptop aku tadi.
Lepas berkerah pergi beli lilin aku pasang dekat ngan meja dan ruang tamu. Aku ambil beberapa majalah yg aku beli weekend hari tu untuk dibaca. Housemate yg lain berkumpul di tgh-tgh ruang tamu mengelilingi lilin yg aku pasang, mcm semut menghurung gula. Aku layan baca majalah perlahan-lahan sbb cahaya kurang jelas.
Dalam kesamaran malam, housemate aku mula buka cerita seram dari satu ke satu cerita. Aku pasang telinga bukan kerana nak mendengar cerita hantu tu(almaklumlah aku ni penakut tahap dewa) tp aku rasa dr sekolah hingga ke ipta bile time keadaan takde elektrik, gelap dan suram..kenapa mesti nak buka cerita seram. Aku tergelak sendiri, mungkin kegelapan ini sudah sinonim dengan keseraman.
Perut aku yg sakit ini aku tahan sehingga bekalan elektrik kembali pulih..Diakhir cerita seram tu, ada statement pasal hantu makan lilin. Aku tak mampu membayangkannya, sebab perut aku yg sakit ni lebih kuat perasaannya dari keseraman yg mereka cipta dikala kegelapan.
Posted on 7 February '07 by catzer, under True Life. 1 Comment.
beberapa hari ni aku sgt bosan…dan bosan..walaupun aku ada byk perkara yg perlu dilakukan. Bosan dari segi istilah yg aku sendiri tak mampu fahami. Hari ni aku seharian merayap sorang-sorang..Namun kebosanan ni buat aku learn byk perkara dari sepatutnya:
Kebaikan Kebosanan:
1. Lahirnya blog ini kerana kebosanan aku seharian di rumah
2. Kebosanan ni menjadikan aku rajin utk keluar dr rumah, walaupun hakikatnya utk keluar mkn sekalipun aku mmg malas.
3. Kerana bosan juga aku akan cukup tido kerana bosan asyik surfing internet jer.
Keburukan Kebosanan:
1. Aku selalu terlebih-lebih tido.
2. Aku selalu tak tahu nak buat apa sehinggakan menjadikan perut aku lapar, dan maka bertambahlah berat badan aku.
3. Kebosanan ni membuatkan aku kejam, mendera sesiapa sahaja supaya keluar jln2 dengan aku..
Mungkin kadang-kala kita perlu rasa bosan..tipu kalau korang tak pernah bosan dengan sesuatu atau seseorang..aku walaupun mmg perut melayu nak mkn nasi jer tp kadang2 aku tetap bosan asyik makan nasi jer..itu contoh terbaik utk aku. Macam mana korang menangani kebosanan? Cerita sikit kat aku?
Posted on 6 February '07 by catzer, under True Life. 6 Comments.
tadi aku pergi Giant ngan wayer, then tetiba ak rasa menggatal nak ikut jln daeng. Kalau sesiapa yg duduk di Shah Alam akan tahu rumah area jalan Daeng ni memang menarik pandangan mata.
“wayer, rumah ni cantik, eh..yg ni pun cantik reka bentuk dia…” Wayer angguk2 tanda setuju..
“eh wayer rumah besar2 ni diaorg simpan apa huh?” Kepala aku berpusing-pusing tgk rumah2 yg gah bagaikan istana tu. (Aku pembonceng, so boleh tengok lama2)
“letak perabot besar2 dan mahal…”..aku mengangguk tanda setuju…”eh, kalau ikea kat sini mesti laku”..a’ahlah…
Apasal aku tak pernah terfikir ttg rumah yg besar dimuatkan dengan perabot yg mahal dan besar..aku cuma fikir kalau rumah yg besar di penuhi dengan pelbagai teknologi..Erm…apa yg aku fikir selama ni jauh beza dgn org lain fikir rupanya..hehehe
Posted on 4 February '07 by catzer, under True Life. 3 Comments.