Archive for January, 2007
entah kenapa aku mmg byk idea ttg kehidupan seorang melayu, mungkin sbb aku mmg dilahirkan dlm keluarga melayu, then membesar di pekan melayu dan sekarang merantau di bandaraya melayu. So, keprihatinan aku terhadap org melayu sgt tinggi sehinggakan kadang2 aku terlalu emosi memikirkan nasib bangsa sendiri.(Berapa byk melayu da…)
Pada hujung thn lepas, aku ke Melaka untuk bercuti bersama housemate aku. Percutian kali ini agak kurang seronok kerana musim hujan dan aku pula dlm mood yg kurang stabil. Tp, kali ini bukan edisi mengutuk diri sendiri tp kali ini lebih kepada rasa bangga dan megah aku terhadap insan bernama penarik beca. (more…)
Posted on 14 January '07 by catzer, under Melayu Boleh. No Comments.
Hari ni bersamaan 14hb January, aku ucapkan selamat hari lahir ke 25 untuk Norazlina Jalaludin dan yg ke 26 untuk Roslinda Ghani. Semoga kalian berdua akan dirahmati oleh-Nya dan semoga cepat2 kahwin.

Kadang2 terlalu sukar untuk kita mengucapkan apa khabar kerana terlalu sibuk. Selalu juga kita mengabaikan ucapan salam ketika bertemu. Adakalanya, kita yakin esok masih ada untuk kita bertemu dengan kawan2 yg lain. Jarang-jarang kita membalas email mahupun sms kawan kerana malas ataupun tiada credit. (more…)
Posted on 14 January '07 by catzer, under True Life. No Comments.
Edisi terhad..Ini adalah edisi mengutuk diri sendiri..
Aku merupakan seorang budak melayu yg selalu perasan serba boleh. Beberapa bulan lepas aku baru lepas grad dari uitm shah alam dlm bidang kejuruteraan kimia. Kononnya nak menjadi anak melayu boleh.
Story edisi mengutuk diri sendiri ni kebanyakkannya berlaku waktu aku pra sains di kolej ikip ,kuantan pahang. Melayu boleh siri pertama mengutuk diri sendiri ialah, aku selalu lepak kat Megamall Kuantan takpun di Teluk Cempedak tanpa buat apa2 kerja yg berfaedah melainkan mengacau anak melayu yg tak tahu malu berdating. (more…)
Posted on 12 January '07 by catzer, under Melayu Boleh. No Comments.
apa punyer nasib badanlah..kalau korang nak tahu, aku kalau boleh nak naikkan keyword melayu boleh ni..tetiba kenapa pulak blog aku ni naik utk sex melayu, rangking ke 2 utk keyword tu..ooo…tidak..untuk pengetahuan korang aku adalah melayu boleh yg tulen..blog ni adalah blog seorang budak melayu yg boleh. Aku termenung seketika..herm…
By the way, tema melayu boleh didalam blog ni tetap akan aku kekalkan. Baiklah, cerita untuk melayu boleh kali ni lebih kepada perjuangan ke arah membasmi kemiskinan dan kepapaan org melayu kita yg hakikatnya serba boleh ni.
Sesi persekolahan telahpun bermula, dan ketika aku menonton televisyen tersiar cerita seorang budak melayu di Kedah tidak dpt meneruskan persekolahan kerana masalah kewangan. Aku mmg ingin membantu tp mengenangkan duit dlm akaun maybank aku tidak seberapa aku terpaksa batalkan. Doa aku semoga ada melayu-melayu yg lain bersimpati dgn nasib keluarga malang tersebut.
Aku masih teringat sewaktu aku bersekolah di kampung dulu, ramai kanak2 melayu terpinggir dari arus kemodenan kerana ketidakseimbangan kemajuan di malaysia ni. Mungkin mereka yg tinggal di bandar gah menjadi seorang melayu yg serba boleh. Tp di sesetengah kawasan apa yg kita ada spt McD, KFC, Pizza, KLCC, Jusco, Isetan dan pelbagai lagi adalah terlalu asing dan gah pada mereka. Aku ingatkan kisah sedih yg pernah berlaku pada melayu 15 thn yg lepas sudah tiada lagi. Tp, hakikatnya mana pergi melayu boleh yg duitnya byk dihabiskan di Ikea, The Curve, KLCC dan sebagainya. Adakah mata insan yg bergelar melayu boleh ini buta melihat masa hadapan anak melayu musnah kerana masalah kewangan. Jikalau sejuta org seperti aku mendermapun tak mungkin sama spt seorang anak melayu boleh yg sekali membayar pakaiannya sahaja boleh buat mkn seminggu pada aku.
Aku masih ingat pada sebuah keluarga melayu yg tinggal di shah alam, telah mendermakan dan membangunkan sebuah rumah untuk seorang melayu yg telah uzur. Jika ada 10 org melayu boleh yg sebegini mungkin bersamaan dengan 1000 orang seperti aku. (more…)
Posted on 10 January '07 by catzer, under Melayu Boleh. No Comments.
kadang-kadang aku mmg layan benda ni..bukan kenapa, screensaver aku hanyalah blank page..so akupun bosan tengok kadang2. Aku ingat lagi sewaktu aku gile tukar2 screensaver, hahhaha..habis semua jenis screensaver aku guna, tp itu dulu..aku sudah tidak semereng dulu..(maybe).
Aku paling suke tgk screensaver roomate aku, quite menarik sbb dia ni mmg sukekan screensaver yg bertemakan movie..Aku ingat lagi movie shrek 2 yg ada kucing yg berpura-pura cute tu..pergh..itu mmg screensaver kegemaran dia. Then, satu lagi screensaver matrix code..konon2 kat dunia matrixlah…poyo sungguh roomate aku tu (jgn sesiapa beritahu dia)..Dia selalu download screensaver kat SINI
So, kalau korang nak layan gak screensaver, korang klik ayat SINI tu. Akupun baru jer syok2 layan tukar2 screensaver..bukan apa..tetiba bosan plak then teringat cite movie Happy Feet, so aku jadikan movie tu sebagai screensaver aku buat masa terdekat ni. Erm, lepas ni aku nak tukar screensaver apa yerk??? (adakah kemerengan aku bermula semula????)
Posted on 7 January '07 by catzer, under Internet. No Comments.
Kali ni aku nak share satu toolbar yg berguna utk pengguna internet explorer yg malas nak cari dictionary..time2 tak fhm ayat2 tertentu.
Malahan tak perlulah nak acces ke certain website utk cari makna yg kita tak fhm. Korangpun tahu tahap kelemahan english aku mcm manakan. Dari dulu sampai skang tak habis2 mengusung dictionary kemana sahaja aku pergi kecuali ke cc. Malulah aku nak bawa dictionary, gile apa korang.
So, dengan mendownload toolbar dictionary ni..so dah bleh jimatkan masa aku, especially bile time2 kedudukan kamus aku agak jauh dari aku (time2 roomate aku pinjam dan tak reti pulang)..hehehe
so, kalau korang rasa nak cuba boleh lah download dictionary toolbar ni kat sini.Click kat bawah ni..(karang ada yg confuse lagi)
DICTIONARY TOOLBARÂÂ
Posted on 7 January '07 by catzer, under Internet. No Comments.
hi..pagi2 ni aku check ttg keyword ni, yup..dah ada byk perubahan..tak mcm dulu berlambak ttg sex melayu, melayu bogel, pelajar melayu bogel..pergh..semua yg 18SX belaka.
Tp skang page pertama di search engine utk keyword ni telah berubah, sukenya aku. Woit..pelucah-pelucah melayu rentikan ajerlah website edisi bodoh korang tu. Kami bukan mcm kebanyakkan orang pantai timur yg gile mencari ttg sex melayu ni..Apa yg kami ingin cari ialah blog mengenai melayu boleh yg betul2 boleh.
So, kebanyakkan website/blog yg menggantikan website2 pelucah tu merupakan antara melayu boleh yg betul2 boleh..Kudos to you all.
Posted on 7 January '07 by catzer, under Melayu Boleh. 1 Comment.
Semalam aku tgk cite P.Ramlee - Bujang Lapok kat TV9, walaupun cerita ni aku dah tgk maybe lebih dari 50 kali dlm seumur hidup aku. Cerita yg dilakonkan oleh trio Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Sudin dan Aziz Satar tidak mampu diwujudkan semula oleh mana2 org melayu. Meskipun, sewaktu itu tiada slogan “melayu boleh” tp mutu lakonan filem melayu pada zaman tersebut lebih baik dari sekarang.
‘Melayu boleh’ pada zaman tersebut mungkin boleh dikatakan tidak ramai seperti sekarang, namun kelahiran Tan Sri P. Ramlee mungkin telah mewujudkan seorang yg bukan sahaja ‘melayu boleh’ tp melayu yg serba boleh. Mutu lakonan dan filem yg diarahkan oleh beliau adalah tinggi bukan sahaja pada zaman beliau malahan mungkin sehingga sekarang.
Berbeza dengan drama dan filem melayu sekarang, yg aku mmg tak berminat nak tgk. ‘Melayu boleh’ sudah tidak ada makna lagi setelah seorang lagi pelakon melayu terhebat pada pandangan aku , Allahyarham Hani Mohsin pergi meninggalkan kita. Memiliki gaya lakonan tersendiri dan spontan merupakan aset yg sudah tidak ada lagi kepada pelakon melayu. Cara lakonan mereka sgt menjengkelkan dan sekadar ada rupa aje.
Korang mesti fikir, kenapa topic ‘melayu boleh’ kali ini lebih kepada bidang perfileman. Sebab aku baru tgk cite p.ramlee tu lah yg buat aku terfikir nak tulis ttg bidang ni. Tgklah betapa hebat filem tersebut sehingga boleh buat aku terfikir mcm2. Mungkin aku terpanggil utk mengingati ‘melayu boleh’ yg pernah menaikkan bidang ini ke satu taraf yg baik dari sekarang.
Posted on 5 January '07 by catzer, under Melayu Boleh. No Comments.
semlm aku tido lewat sebab tunggu download aku settle..karang hang buat rugi aku jer. Suddenly, kedengaran bunyi kereta racing depan jln rumah aku ke area klang ni. Yup, inilah ‘melayu boleh’ yg nak aku ceritakan hari ni. Tu tak termasuk mat2 melayu yg merempit kat jln tu..lagi hebat, budak2 sekolah naik basikal setiap kali sambutan kemerdekaan atau tahun baru. Sesungguhnya mereka memang mampu menunjukkan kebolehan sebagai seorang melayu.
Memandangkan aku tgh bosan, aku tgk keluar tingkap. Beberapa kete budak ‘melayu boleh’ ni memecut laju tanpa memikirkan keselamatan kenderaan yg lain. Tetiba aku dgr bunyi bayi menangis, erm..kesian parent baby ni, mesti tak lena tido disebabkan mamat2 ‘ melayu boleh’ ni. Aku tgk kete yg digunakan tidaklah segah mana, even enjin turbo full with injection dan sebagainya. Aku tgk file yg aku download dah siap 89%, termenung kat tepi tingkap lama sgt.
Semenjak aku kehilangan kawan kerana accident, aku jadi sedikit fobia dengan accident. Darah seorang anak melayu yg melaungkan ‘melayu boleh’ tp gugur sebagai pelumba haram. Ketika aku menulis article ni, kedengaran beberapa org kanak2 melayu kat bawah rumah aku ni memekak menggunakan bahasa yg kasar. Keindahan bahasa melayu tidak dipraktiskan oleh budak melayu sendiri. Apakah makna ‘melayu boleh’ pada mereka?
Posted on 4 January '07 by catzer, under Melayu Boleh. No Comments.
Pagi tadi ada sedikit diskusi dgn beberapa org rakan, so aku dpt satu idea ttg ‘melayu boleh’ yg sering dilaung-laungkan. ‘Melayu boleh’? Ye ke..ke sekadar melayu ikut2 dan angkut2. Korang nak marah dengan ayat ni, marahlah..aku bkn sengaja nak bg korang marah tp just nak snap muke org yg laungkan ayat ‘melayu boleh’ ni.
Korang tahu tak dlm enjin carian utk ayat ‘melayu boleh’ ni, semua berkaitan dengan seks dan perkara2 bodoh. Malaun manalah yg bikin malu kaum ni. Waktu borak ngan jarinah aku selalu ckp kat dia, aku melayu baru. Bukan ‘melayu boleh’ zaman dulu.
Oklah…ini adalah categori baru utk blog aku ni. Aku akan ceritakan apa yg patut ttg ‘melayu boleh’ kat sini. Bukan nak membangga/mengutuk melayu (woit, aku org melayu jugak tau). Just isu ni jadi menarik dr aku belum lahir hinggalah ke thn 2007.
Kalau korang rasa korang dah cukup melayu, darah tok bahaman, mat kilau, tok gajah..etc. Dlm next post, korang fikir sendiri, apa beza melayu boleh dgn melayu ikut2 dan angkut2..Dare to be punish.
Posted on 3 January '07 by catzer, under Melayu Boleh. 2 Comments.