Kenapa Begini? Entah..
beberapa hari ni mata aku tak lelap utk tido, kadang2 kerana takut bersendirian di ruang tamu aku paksa diri utk tido. (takut pada unsur2 alam yg lain)..Tadi wayer tanya bile nak pergi tukar tayar motor, jawapan ringkas..takde duit lagi..tunggu dulu..Hampir seminggu motor aku tersadai tidak berganjak dr parking motor. Tayar belakang tu aku pakai dah 2thn rupanya aku tak tukar..sudah cukup uzur..
lepas rileks2 sekejap telefon emak, emak di rumah jiran ada kenduri sikit..riuh sungguh..tp aku terlalu sunyi di sini..Diluar awan begitu gelap dan guruh kedengaran, aku angkat baju di ampaian..sedikit gusar kalau baju akan jadi ’superman’ nanti.
Aku sedikit diam sekarang, malas nak berdiskusi dengan sesiapapun..hati aku tenang bagaikan tiada apa yg perlu difikirkan..cukuplah pening kepala dan sakit hati menanti panggilan interview, cukuplah segala masalah yg melanda, cukuplah utk hari ini aku rasa lega..adakah aku terlalu malas utk berfikir atau kepala aku sudah ‘reject’ semua perkara tu? Kenapa begini? Entah..aku tersenyum sendiri..



Leave a Comment