Melayu Boleh 7
erm..tahniah utk diri sendiri kerana telah berjaya mengeluarkan edisi melayu boleh ini sehingga ke edisi 7.
Minggu lps seorang kawan bertanya mengapa topic melayu boleh aku spt telah kekurangan idea secara tiba-tiba. Aku terfikir adakah seorang melayu boleh tu boleh kekurangan idea secara tiba-tiba?? Erm, persoalan tu..Setakat manakah kemampuan melayu boleh di Malaysia, Singapore mahupun Brunei atau dimana sahaja insan yg bertakhta kan melayu boleh ini berada.
Apakah garis2 panduan yg membolehkan mereka di tabal sebagai Melayu Boleh ini? Adakah jawapannya perlu di tulis dalam bentuk karangan atau point2 sahaja. Garis panduannya tidak ada pada aku, kenapa perlukan garis panduan sedangkan melayu boleh itu adalah diri sendiri yg tentukan. Kawan aku tadi bertanya lagi, kenapa istilah melayu boleh yg digunakan? Kenapa menggunakan ayat boleh, kenapa tidak gunakan istilah cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan selamba aku jawap, ‘ko ingat ni jalur gemilang ke?’ Dia hanya tersenyum, dia tahu aku sudah mati idea untuk menjawap soalan2 cemerlang yg di ajukannya. Sudahlah melayu boleh pun ko tak fhm sibuk nak cari melayu cemerlang, gemilang dan terbilang. Pening kepala aku bertambah dengan istilah melayu boleh ini.
Sekali lagi kawan aku bertanya, sampai bile ko nak buat istilah melayu boleh ni? Nanti kalau dah tukar ke melayu cemerlang atau melayu gemilang atau melayu terbilang, inform kat aku yerk. Saat itu mahu sahaja aku belasah dia, supaya mulut dia berhenti mencetuskan kontroversi dlm kepala aku ini.
Sesungguhnya aku baru perasan, aku memiliki kawan yg juga tercategori sebagai melayu boleh…melayu yg boleh bercakap tanpa henti-henti, tanpa sedikit perasaan takut kena belasah dengan aku, seorang budak melayu boleh yg gilakan idea2 baru. Ketika dia pulang, aku terasa sunyi tanpa kegilaan si melayu boleh ini..Namun, sedikit lega kerana dia menjadi inspirasi penulisan aku kali ini.
; ?>/wp-content/themes/magonwood/images/125.gif)


One Comment to “Melayu Boleh 7”