Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Salam Maal Hijrah 1428 - 20 Jan 2007

    MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


    Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


    Doa akhir tahun disunatkan dibaca 7 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

    doa2kv7 Salam Maal Hijrah 1428 - 20 Jan 2007
    Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

    “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.”

    Doa awal tahun dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah dimana tahun baru Islam bermula selepas waktu Maghrib.

    doa1fz0 Salam Maal Hijrah 1428 - 20 Jan 2007

    salam Maal Hijrah buat semua insan yg mengamalkan hidup seorang Islam. Marilah kita bermuhasabah diri pada hari ini, menyerahkan diri kepada Allah. Kalau org Islam sendiri tidak menghargai hari ini, siapakah lagi yg ingin memperingati hari indah ini. Jangan lupa berpuasa dan solat sunat Muharram pada hari kesepuluh Muharram.

    Posted on 19 January '07 by catzer, under Beautiful Islam.

    6 Comments to “Salam Maal Hijrah 1428 - 20 Jan 2007”

    1

    Neomick wrote (19.01.07 at 11:48)

    Saje tumpang lalu nak wish SELAMAT TAHUN BARU. Semoga dapat berhijrah ke level yang lebih baik dari tahun lepas. (^_^)

    2

    ZeMMs wrote (20.01.07 at 05:58)

    Salam Maal Hijrah jugak :D

    3

    drusoft wrote (20.01.07 at 16:48)

    Selamat tahun baru…

    4

    Azlan wrote (06.02.07 at 22:45)

    Sebagai seorang yang cintakan agama Islam, terpanggil di hati saya untuk mengucapkan Selamat tahun baru Islam kepada semua muslimin dan muslimah.
    Mudah-mudahan Allah terima semua amalan baik kita pada tahun yang sudah berlalu. InsyaAllah!

    Sama-samalah kita sentiasa ingat suatu perkara ASAS ini walaupun dalam kesibukan kehidupan kita seharian di atas bumi Allah yang kita pijak ini… Tak kira tengah “surfing” internet ke, atau semasa apa saja yang kita biasa lakukan.
    Iaitu - Sejak kita keluar dari perut ibu kita, infrastruktur dunia (yakni bumi dan langit) sudah tersergam indah yang membolehkan kita hidup. Ada oksijen untuk bernafas, ada makanan untuk dimakan. Seawal-awal lagi pada ibu kita sudah Allah sediakan rezeki susuan. Apabila kita sudah boleh makan makanan pepejal, seawal-awal lagi Allah sudah sediakan makanan yang halal, bersih dan baik untuk diri kita. Contohnya ikan di laut, telur, ayam, lembu, sayuran, buah-buahan dan bermacam-macam lagi di darat yang Allah hidupkan untuk kita manusia makan. Semuanya Allah beri “FREE” tanpa sebarang “charges”. Cuma ibu-bapa kita saja yang bayar harga ikan di pasar, iaitu bayar upah orang yang menangkap dan menjual ikan itu. Tapi pada hakikatnya ikan yang hidup di laut itu sebenarnya “FREE” dari Allah. Tak payah bayar sesen pun pada Allah (yang menghidup dan yang memberikan nyawa pada ikan yang kita makan).
    Bertuahlah kita jadi hamba Allah yang diperlihar-Nya, diberi makan oleh-Nya, dibesarkan-Nya, dan di…segala-gala-nya.
    Tanyalah diri kita (muasabah diam-diam dalam bilik) - patutkah kita lupakan akan jasa-jasa Allah pada kita, kita lupakan akan segala nikmat kesedapan memakan rezeki yang Allah beri “FREE” ini? Patutkah?
    Jawapannya tentu tidak…kan! Sedangkan kalau kawan atau jiran kita buat baik dengan kita, kita ucapkan “Terima kasih”.
    Allah hidupkan kita hanya untuk satu tujuan - iaitu untuk kita beribadah (berbuat baik) pada Allah, keluarga dan masyarakat.
    Ibadah dalam konteks yang luas, seperti bekerja mencari rezeki yang halal pun dikira “ibadah”, berkahwin dan berkeluarga pun “ibadah”, manakala ibadah dalam konteks yang khusus seperti sembahyang 5 waktu sehari, yakni sujud yang khusyuk kepada Pencipta/Pemberi Rezeki kita, berpuasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan Haji ke tanah suci Makah Al-Mukaramah.
    Barulah kita menjadi kekasih Allah, yakni Islam yang “Perfect”. Islam yang “Lengkap”, setelah kesemua Rukun-Rukun Islam telah kita laksanakan. Tidak ada balasan lain dari Allah nanti, melainkan Syurga-Nya yang tersergam indah dan tidak terperi nikmatnya. Mahligai Syurga yang akan diami nanti lebih besar dari mahligai-mahligai yang berisi perabot-perabot mewah di Shah Alam.
    Malah dari sebelah luar kita dapat lihat bilik-bilik kita, dapur kita, yakni Mahligai kita di Syurga adalah “see through” seperti kain-kain jarang yang “see through”. Tidak terkata! Bahkan yang ada di dalam Syurga, tidak terdapat semasa di dunia. Pendeknya, tidak tergambar keindahan Syurga dan mahligai-mahligainya.
    Ibadah yang am dan yang ibadah khusus, yang kita lakukan seharian inilah yang menjadi tiket kita untuk masuk Syurga Allah.
    Dulu Datuk K kena berbelanja beribu-ribu RM untuk mendapatkan bidadarinya di dunia. Begitu juga bidadari-bidadari di dalam Syurga (1,000 kali lebih cantik, lebih manawan, lebih “loving” dari Sit Nurhaliza) kena dibeli (bukan “FREE”) dengan harga yang mahal untuk mendapatkan mereka di dalam Syurga. Pendeknya, mereka lebih mahal dari Siti Nurhaliza.
    Ingat mereka bukanlah “FREE”, tetapi dibeli dengan “harga tinggi” iaitu dengan harga segala amal-ibadah baik kita semasa hidup di dunia dahulu. Allah nilaikan ibadah kita seumpana wang RM or USD berjuta-juta Ringgit sebagai mas kahwin untuk bidadari-bidadari-NYA yang diumpamakan Allah seperti mutiara (pearl) yang tersimpan indah (tidak pernah disentuh oleh sesiapapun) sebagaimana yang Allah nukirkan dalam Surah Al-Waki’ah.
    Tak mahu ke?
    Pada suatu masa nanti, apabila semua golongan dan bangsa manusia berhimpun di Padang Masyar terlihat Syurga Allah dari jauh, semuanya nak masuk ke dalamnya, tak kira orang Islam atau orang yang telah menyengutukan Allah (mereka juga teringin nak masuk Syurga Allah)… tapi sayang…!
    Syurga Allah bukan untuk mereka yang Mushrik, dan tidak layak untuk mereka yang tidak sembahyang, bukan untuk mereka yang tidak putus malakukan dosa. Mereka semuanya “tidak layak”. Mereka tidak ada “Tiket” atau “pass” untuk masuk Syurga Allah.
    Hanya ada 2 tempat pemergian di waktu itu, kalau tidak ke Syurga, ke mana lagi?

    5

    Azlan wrote (06.02.07 at 22:56)

    Segala yang baik datangnya dari Allah, dan segala yang tidak baik dari coretan saya di atas itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Harap maafkan. Salam. (kaki hi-fi K.L.)

    6

    [...] salam Maal Hijrah dr aku seorang newbie webmaster yg mmg agak blur dan selalu menyesakkan nafas kalian. Kunjungan tahun baru islam ini akan mencoretkan sesuatu yg lebih indah dan sememangnya biarlah thn ini menjadi tinta terindah utk umat islam sedunia. [...]

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.