Melayu Boleh 6
Kali ini aku nak share beberapa syarat ke arah melayu boleh, Mungkin ada yg dah tahu tp buat2 tak tahu. Oklah syarat2 nya ialah:
1. Jangan sesekali berkata ‘tidak boleh’ sbb namapun ciri2 utk melayu boleh, so ayat tak boleh adalah dilarang sama sekali. Asalkan tidak melanggar hukum agama.
2. Jangan sesekali takut untuk bersaing ataupun terlalu berani menjadi pendengki. Rezeki setiap manusia tu dah tertulis, jadi tak salah kalau mencuba.
3. Jangan wujudkan alasan, kerana alasan akan membataskan tindakan yg ingin dilaksanakan. Even satu alasan boleh mewujudkan sepuluh alasan yg lain.
4. Jangan menangguh, kerana demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
5. Jangan letakkan diri anda selama-lamanya di ‘zon selesa’ sehinggakan anda terlupa air laut tu ada pasang dan surutnya.
Kesimpulannya, tidak ada istilah terlewat dlm apa2 keinginan yg ingin kita kecapi. Selagi kita masih bernyawa, kita masih ada peluang untuk melangkah ke arah melayu boleh yg cemerlang. Falsafah yg paling aku suke ialah ‘Better Late than Never’.



Leave a Comment