I Hate to Share This, The Program That Paid Me $100 Monthly. Join NOW!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Selamat Hari Lahir

    Hari ni bersamaan 14hb January, aku ucapkan selamat hari lahir ke 25 untuk Norazlina Jalaludin dan yg ke 26 untuk Roslinda Ghani. Semoga kalian berdua akan dirahmati oleh-Nya dan semoga cepat2 kahwin.

    imagesbu4 Selamat Hari Lahir

    Kadang2 terlalu sukar untuk kita mengucapkan apa khabar kerana terlalu sibuk. Selalu juga kita mengabaikan ucapan salam ketika bertemu. Adakalanya, kita yakin esok masih ada untuk kita bertemu dengan kawan2 yg lain. Jarang-jarang kita membalas email mahupun sms kawan kerana malas ataupun tiada credit. Tp, jika esok masih ada untuk kita tp sudah tiada esok lagi pada rakan kita. Kita akan membaca kembali email dan sms yg dikirimkan, dan mula bertanya kenapa kita tak menghargai kehadirannya dlm hidup kita. Walaupun kadang2, kawan akan berkata tak apa aku faham. Tp adakah kata2 itu membolehkan kita mengabaikan sebuah persahabatan.

    Kita selalu melihat esok, tetapi selalu lupa tentang hari ni. Adakah esok masih ada seperti hari ini? Ketika kita berdoa adakah kita mendokan insan bernama rakan? Adakah setelah mereka tiada baru kita sertakan doa untuk mereka?

    Suatu ketika dulu, 2 sahabat dari kecil terpisah kerana salah seorang darinya melanjutkan pelajaran. Tp, setiap kali pulang ke kampung untuk beraya mereka akan bertemu dan berjanji untuk bertemu lagi setiap kali raya menjelma. Namun, esok tidak seindah yg dijangka. Seorang sahabat telah dijemput pulang, seorang lagi perlu meneruskan kehidupan. Maka raya akan dtg menemukan insan bernama sahabat bersama batu nisan. Tiada lagi janji utk pulang pada tarikh yg sama, dia tetap di sana menanti sahabatnya mengirimkan doa dan suatu masa nanti dia di sana menanti sahabatnya pulang jua.

    Untuk sahabat yg telah tiada, marilah kita kirimkan Al-Fatihah pada mereka2 yg telah kembali lebih awal dari kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

    Jadi, sesiapa yg masih bernyawa sehingga ke hari ini(termasuk aku), tundukkanlah diri ketika berjln di bumi ini kerana sesungguhnya kita terlalu kerdil untuk bermegah dgn nikmat dunia yg sementara ini. Sesungguhnya di sana adalah yg kekal abadi.

    Posted on 14 January '07 by catzer, under True Life.

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.