Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Melayu Boleh 5 - Cerita Aku

    entah kenapa aku mmg byk idea ttg kehidupan seorang melayu, mungkin sbb aku mmg dilahirkan dlm keluarga melayu, then membesar di pekan melayu dan sekarang merantau di bandaraya melayu. So, keprihatinan aku terhadap org melayu sgt tinggi sehinggakan kadang2 aku terlalu emosi memikirkan nasib bangsa sendiri.(Berapa byk melayu da…)

    Pada hujung thn lepas, aku ke Melaka untuk bercuti bersama housemate aku. Percutian kali ini agak kurang seronok kerana musim hujan dan aku pula dlm mood yg kurang stabil. Tp, kali ini bukan edisi mengutuk diri sendiri tp kali ini lebih kepada rasa bangga dan megah aku terhadap insan bernama penarik beca. Ketika arus kemodenan terus menenggelamkan penarik-penarik beca ini aku terharu melihat golongan2 berumur yg boleh aku panggil datuk gagah mengayuh beca. Seorang melayu yg berusaha menongkah diri bersaing dlm arus globalisasi. Bolehkah aku menggelarkan mereka antara melayu boleh yg berusaha kental mempertahankan pekerjaan mereka seiring dgn zaman?

    Mengapa aku mengatakan mereka adalah antara melayu boleh yg telah kita abaikan? Seperti yg aku katakan dr awal ini bukan edisi mengutuk diri sendiri sebagai seorang melayu. Perasaan bangga itu yg ingin aku kongsikan walaupun mungkin yg tinggal itu hanyalah sisa2 yg entah esok atau lusa sudah hilang di telan gelombang kemodenan. Aku berharap utk kembali lagi kesana, ingin lihat beca penuh dengan lampu di laluan yg malap. Aku berharap insan yg aku tabalkan sebagai melayu boleh masih mampu tersenyum mengayuh beca usang mereka. Bukan simpati yg aku berikan, tp sesungguhnya penarik beca ini membuatkan aku kembali menjadi melayu.

    p.s - seandainya ada yg pergi ke Melaka, jgn lupa menemui melayu boleh disana. Mereka memerlukan sokongan kita untuk kekal bersama arus kemodenan. Nilai tambang yg di bayar tak seberapa di bandingkan dgn usaha mereka untuk kekal sehingga sekarang.

    Posted on 14 January '07 by catzer, under Melayu Boleh.

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.