Earn $$$$ Monthly Doing Nothing Except Blogging!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Melayu Boleh 3

    apa punyer nasib badanlah..kalau korang nak tahu, aku kalau boleh nak naikkan keyword melayu boleh ni..tetiba kenapa pulak blog aku ni naik utk sex melayu, rangking ke 2 utk keyword tu..ooo…tidak..untuk pengetahuan korang aku adalah melayu boleh yg tulen..blog ni adalah blog seorang budak melayu yg boleh. Aku termenung seketika..herm…

    By the way, tema melayu boleh didalam blog ni tetap akan aku kekalkan. Baiklah, cerita untuk melayu boleh kali ni lebih kepada perjuangan ke arah membasmi kemiskinan dan kepapaan org melayu kita yg hakikatnya serba boleh ni.

    Sesi persekolahan telahpun bermula, dan ketika aku menonton televisyen tersiar cerita seorang budak melayu di Kedah tidak dpt meneruskan persekolahan kerana masalah kewangan. Aku mmg ingin membantu tp mengenangkan duit dlm akaun maybank aku tidak seberapa aku terpaksa batalkan. Doa aku semoga ada melayu-melayu yg lain bersimpati dgn nasib keluarga malang tersebut.

    Aku masih teringat sewaktu aku bersekolah di kampung dulu, ramai kanak2 melayu terpinggir dari arus kemodenan kerana ketidakseimbangan kemajuan di malaysia ni. Mungkin mereka yg tinggal di bandar gah menjadi seorang melayu yg serba boleh. Tp di sesetengah kawasan apa yg kita ada spt McD, KFC, Pizza, KLCC, Jusco, Isetan dan pelbagai lagi adalah terlalu asing dan gah pada mereka. Aku ingatkan kisah sedih yg pernah berlaku pada melayu 15 thn yg lepas sudah tiada lagi. Tp, hakikatnya mana pergi melayu boleh yg duitnya byk dihabiskan di Ikea, The Curve, KLCC dan sebagainya. Adakah mata insan yg bergelar melayu boleh ini buta melihat masa hadapan anak melayu musnah kerana masalah kewangan. Jikalau sejuta org seperti aku mendermapun tak mungkin sama spt seorang anak melayu boleh yg sekali membayar pakaiannya sahaja boleh buat mkn seminggu pada aku.

    Aku masih ingat pada sebuah keluarga melayu yg tinggal di shah alam, telah mendermakan dan membangunkan sebuah rumah untuk seorang melayu yg telah uzur. Jika ada 10 org melayu boleh yg sebegini mungkin bersamaan dengan 1000 orang seperti aku.

    Memikirkan semua ni buat aku terasa bersalah, melayu boleh ke aku ni membiarkan insan sebangsa merempat kemiskinan? Aku tak mampu menjawap soalan itu kerana poket aku terlalu kecil dan nipis utk diri sendiri. Aku juga memberi, tetapi tgn yg memberi itu lebih baik dari yg menerima. Aku harap suatu hari nanti melayu-melayu ini akan sedar dan berhenti dr mengharapkan subsidi. Allah ciptakan manusia tu sama sahaja yg membezakan melayu dan melayu boleh hanyalah usaha.

    Posted on 10 January '07 by catzer, under Melayu Boleh.

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.