I Hate to Share This, The Program That Paid Me $100 Monthly. Join NOW!!!
Powered by MaxBlogPress 

    Melayu Boleh 2

    Semalam aku tgk cite P.Ramlee - Bujang Lapok kat TV9, walaupun cerita ni aku dah tgk maybe lebih dari 50 kali dlm seumur hidup aku. Cerita yg dilakonkan oleh trio Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Sudin dan Aziz Satar tidak mampu diwujudkan semula oleh mana2 org melayu. Meskipun, sewaktu itu tiada slogan “melayu boleh” tp mutu lakonan filem melayu pada zaman tersebut lebih baik dari sekarang.

    ‘Melayu boleh’ pada zaman tersebut mungkin boleh dikatakan tidak ramai seperti sekarang, namun kelahiran Tan Sri P. Ramlee mungkin telah mewujudkan seorang yg bukan sahaja ‘melayu boleh’ tp melayu yg serba boleh. Mutu lakonan dan filem yg diarahkan oleh beliau adalah tinggi bukan sahaja pada zaman beliau malahan mungkin sehingga sekarang.

    Berbeza dengan drama dan filem melayu sekarang, yg aku mmg tak berminat nak tgk. ‘Melayu boleh’ sudah tidak ada makna lagi setelah seorang lagi pelakon melayu terhebat pada pandangan aku , Allahyarham Hani Mohsin pergi meninggalkan kita. Memiliki gaya lakonan tersendiri dan spontan merupakan aset yg sudah tidak ada lagi kepada pelakon melayu. Cara lakonan mereka sgt menjengkelkan dan sekadar ada rupa aje.

    Korang mesti fikir, kenapa topic ‘melayu boleh’ kali ini lebih kepada bidang perfileman. Sebab aku baru tgk cite p.ramlee tu lah yg buat aku terfikir nak tulis ttg bidang ni. Tgklah betapa hebat filem tersebut sehingga boleh buat aku terfikir mcm2. Mungkin aku terpanggil utk mengingati ‘melayu boleh’ yg pernah menaikkan bidang ini ke satu taraf yg baik dari sekarang.

    Posted on 5 January '07 by catzer, under Melayu Boleh.

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.