Archive for January, 2007

    Computer crack lagi!!!

    part ni buat jantung aku berhenti berdegup sekejap..apa telah berlaku??? aku tension..aku tekat button on byk2 kali..aikh…screen blank..terus aku jerit panggil wayer…wargh…

    so..hari ni mood aku kurang baik, lepas bertungkus lumus membetulkan balik apa yg patut..aku terfikir…kenapa aku tak beli external hardisk..herm..satu benda yg aku wajib ada..

    aku takde idea..seperti kepala aku jugak dah blank..nasib baik aku tak berada dlm bilik peperiksaan..kalau tak..mmg repeat paper lah aku..

    Posted on 28 January '07 by catzer, under Uncategorized. 2 Comments.

    Kenapa Begini? Entah..

    beberapa hari ni mata aku tak lelap utk tido, kadang2 kerana takut bersendirian di ruang tamu aku paksa diri utk tido. (takut pada unsur2 alam yg lain)..Tadi wayer tanya bile nak pergi tukar tayar motor, jawapan ringkas..takde duit lagi..tunggu dulu..Hampir seminggu motor aku tersadai tidak berganjak dr parking motor. Tayar belakang tu aku pakai dah 2thn rupanya aku tak tukar..sudah cukup uzur..

    lepas rileks2 sekejap telefon emak, emak di rumah jiran ada kenduri sikit..riuh sungguh..tp aku terlalu sunyi di sini..Diluar awan begitu gelap dan guruh kedengaran, aku angkat baju di ampaian..sedikit gusar kalau baju akan jadi ’superman’ nanti.

    Aku sedikit diam sekarang, malas nak berdiskusi dengan sesiapapun..hati aku tenang bagaikan tiada apa yg perlu difikirkan..cukuplah pening kepala dan sakit hati menanti panggilan interview, cukuplah segala masalah yg melanda, cukuplah utk hari ini aku rasa lega..adakah aku terlalu malas utk berfikir atau kepala aku sudah ‘reject’ semua perkara tu? Kenapa begini? Entah..aku tersenyum sendiri..

    Posted on 26 January '07 by catzer, under Uncategorized. No Comments.

    Kuasa Berborak = $$$

    Kuasa berborak mmg tak dpt dinafikan ada pada setiap manusia. Hatta seorang yg bisu sekalipun memang suka berborak apatah lagi yg bersuara. Tapi ada juga yg suke berdiskusi di dalam forum atau blog seperti aku.

    Aku kurang suke berborak jika borak2 itu membuang masa dan tidak menambah sebarang pengetahuan malahan menambah dosa. Hindarkan diri anda dari borak2 sebegini.

    Sesiapa yg kuasa berborak dan berdiskusi nya tinggi mengalahkan gunung everest, aku syorkan gunakan anugerah itu sebaik mungkin seperti mendapatkan sedikit sen daripada berborak2 menghabiskan air liur sahaja.

    Ada satu program iaitu mylot.com, memberikan anda peluang menjana $$$ sambil berdiskusi. Jgnlah ditanya berapa nilai yg telah aku dapat, memandangkan english aku yg lintang pukang aku malas utk berdiskusi disitu. Tunggulah bila aku dah terror nanti..huhu

    Kepada yg berminat, anda boleh berbincang apa sahaja mengikut minat, aktiviti dan sebagainya disini. Anda boleh register percuma sahaja di:

    http://www.mylot.com

    Posted on 23 January '07 by catzer, under Jana Duit. 2 Comments.

    Melayu Boleh 7

    erm..tahniah utk diri sendiri kerana telah berjaya mengeluarkan edisi melayu boleh ini sehingga ke edisi 7.

    Minggu lps seorang kawan bertanya mengapa topic melayu boleh aku spt telah kekurangan idea secara tiba-tiba. Aku terfikir adakah seorang melayu boleh tu boleh kekurangan idea secara tiba-tiba?? Erm, persoalan tu..Setakat manakah kemampuan melayu boleh di Malaysia, Singapore mahupun Brunei atau dimana sahaja insan yg bertakhta kan melayu boleh ini berada.

    Apakah garis2 panduan yg membolehkan mereka di tabal sebagai Melayu Boleh ini? Adakah jawapannya perlu di tulis dalam bentuk karangan atau point2 sahaja. Garis panduannya tidak ada pada aku, kenapa perlukan garis panduan sedangkan melayu boleh itu adalah diri sendiri yg tentukan. Kawan aku tadi bertanya lagi, kenapa istilah melayu boleh yg digunakan? Kenapa menggunakan ayat boleh, kenapa tidak gunakan istilah cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan selamba aku jawap, ‘ko ingat ni jalur gemilang ke?’ Dia hanya tersenyum, dia tahu aku sudah mati idea untuk menjawap soalan2 cemerlang yg di ajukannya. Sudahlah melayu boleh pun ko tak fhm sibuk nak cari melayu cemerlang, gemilang dan terbilang. Pening kepala aku bertambah dengan istilah melayu boleh ini.

    Sekali lagi kawan aku bertanya, sampai bile ko nak buat istilah melayu boleh ni? Nanti kalau dah tukar ke melayu cemerlang atau melayu gemilang atau melayu terbilang, inform kat aku yerk. Saat itu mahu sahaja aku belasah dia, supaya mulut dia berhenti mencetuskan kontroversi dlm kepala aku ini.

    Sesungguhnya aku baru perasan, aku memiliki kawan yg juga tercategori sebagai melayu boleh…melayu yg boleh bercakap tanpa henti-henti, tanpa sedikit perasaan takut kena belasah dengan aku, seorang budak melayu boleh yg gilakan idea2 baru. Ketika dia pulang, aku terasa sunyi tanpa kegilaan si melayu boleh ini..Namun, sedikit lega kerana dia menjadi inspirasi penulisan aku kali ini.

    Posted on 22 January '07 by catzer, under Melayu Boleh. 1 Comment.

    Salam Maal Hijrah 1428 - 20 Jan 2007

    MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


    Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


    Doa akhir tahun disunatkan dibaca 7 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. (more…)

    Posted on 19 January '07 by catzer, under Beautiful Islam. 6 Comments.

    Jangan Menceroboh Folder Aku

    Waktu aku belajar di kolej dulu, aku tinggal serumah dgn senior yg kini dah berkeluarga. Isu paling tak dpt aku lupa ialah pencerobohan hak asasi folder rahsia mereka. Kadang2 boleh menyebabkan kekecohan yg tak sepatutnya. So, waktu tu aku mmg takde komputer/laptop lagi semasa dikolej, pinjam desktop kakak aku jer selalunya.
    So, kakak akupun minta aku tolong pasangkan password pada folder rahsia dia sbb dia tahu aku mmg suke membongkar segala folder rahsia tersebut. Memandangkan aku terasa kepentingan perkara ni, sekali lagi aku nak share cara terbaik mencegah folder korang dr dicerobohi oleh anasir2 spt aku.hehe

    step 1: Pastikan computer korang telah di install latest Microsoft . Net Framework 2

    step 2: Pergi ke internet browser dan type http://www.download.com

    step 3: Kat search box, type dirLock, dan click Go

    step 4: Download software dirLock tersebut, save didlm komputer anda.

    step 5: Extract file dirLock dan ikut prosedur installation.

    step 6: Selepas proses installation selesai, pergi ke folder yg ingin di’password’kan, right click dan pilih ‘lock/unlock’.

    step 7: Masukkan password yg diingini.

    step 8: Folder anda telah berjaya di ‘password’kan. So, jgn lupa password yg anda gunakan.

    Selamat mencuba, sebarang masalah spt tak ingat password tidak akan dilayan.

    Posted on 18 January '07 by catzer, under Komputer. No Comments.

    Ambil Gambar melalui Monitor

    Servis ini adalah percuma, kita tak perlu menggunakan webcam lagi untuk mengambil gambar.

    Apa yg perlu kita lakukan hanyalah:

    1. Pergi ke website : http://www.monitorcamera.com/

    2. Kemudian ikut jer step ni:

    newpictureyt4 Ambil Gambar melalui Monitor

    3. Jangan lupe SENYUM.

    Kalau boleh, tinggalkan comment mcm mana kualiti gambar yg korang dpt.

    Posted on 18 January '07 by catzer, under Hiburan. No Comments.

    Wallpaper utk folder

    Tutorial ini akan menunjukkan mcm mana nak letakkan wallpaper dlm folder:

    1) Buka notepad

    2) Taip code dibawah (tanpa space)
    [{BE0981 40-A513-11D0-A3 A4-00C04FD706EC}]
    IconArea_Image =”C:\lokasi wallpaper.jpg”
    IconArea_Text= 0×00FFFFFF

    *lokasi wallpaper dan 0×00FFFFFF(tulisan berwarna putih), perlu ditukar mengikut kesesuaian.

    newpicturedb4 Wallpaper utk folder

    3) Save file sebagai desktop.ini
    Save as type : All Files

    4) Copy file desktop.ini tadi dan paste pada folder yg anda pilih. Ok, contohnya aku copy file ni ke hard disk D. (more…)

    Posted on 17 January '07 by catzer, under Komputer. 4 Comments.

    Melayu Boleh 6

    Kali ini aku nak share beberapa syarat ke arah melayu boleh, Mungkin ada yg dah tahu tp buat2 tak tahu. Oklah syarat2 nya ialah:

    1. Jangan sesekali berkata ‘tidak boleh’ sbb namapun ciri2 utk melayu boleh, so ayat tak boleh adalah dilarang sama sekali. Asalkan tidak melanggar hukum agama.

    2. Jangan sesekali takut untuk bersaing ataupun terlalu berani menjadi pendengki. Rezeki setiap manusia tu dah tertulis, jadi tak salah kalau mencuba.

    3. Jangan wujudkan alasan, kerana alasan akan membataskan tindakan yg ingin dilaksanakan. Even satu alasan boleh mewujudkan sepuluh alasan yg lain.

    4. Jangan menangguh, kerana demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

    5. Jangan letakkan diri anda selama-lamanya di ‘zon selesa’ sehinggakan anda terlupa air laut tu ada pasang dan surutnya.

    Kesimpulannya, tidak ada istilah terlewat dlm apa2 keinginan yg ingin kita kecapi. Selagi kita masih bernyawa, kita masih ada peluang untuk melangkah ke arah melayu boleh yg cemerlang. Falsafah yg paling aku suke ialah ‘Better Late than Never’.

    Posted on 16 January '07 by catzer, under Melayu Boleh. No Comments.

    For a Better Life

    kenapa aku gunakan perkataan ini untuk blog ni. Sebenarnya blog ni aku run lepas aku habis praktikal, so kebosanan menarik aku untuk buat blog ni.

    Semlm aku tak boleh nak tido, hati aku rasa berbelah-bahagi untuk buat keputusan sama ada untuk terus mencari keje di sini, ataupun merantau. Kata2 abah buat aku menjadi gundah, terlalu berat untuk abah terima keputusan aku utk merantau ke negeri yg terlalu asing buat aku. Tp, kadang2 kita mmg tak boleh menolak rezeki yg Allah telah berikan. (Abah, I’m so sorry)

    Semalam waktu phone emak nak minta duit belanja, hati aku berat sgt perasaan aku mcm seorang yg sgt tak berguna. Aku nekad itu kali terakhir aku minta duit belanja, aku perlu berganjak ke arah hidup yg lebih baik. Even, mak dan abah tak pernah ckp apa2 dan tak kisah bank-in duit ke dlm akaun aku..tp sebagai anak, dah tiba masanya aku berdikari dan tunaikan janji2 aku pada mereka.

    Nanti bila aku merantau, blog ini mungkin akan terpinggir sehinggalah aku ada connection internet di sana. So, kalau betul jadi merantau dlm hujung bln ni aku blah..So, if dah confirm..satu masalah besar untuk aku ialah mengemas barang..ooo…tidak..(pengsan)

    Posted on 15 January '07 by catzer, under True Life. No Comments.