Archive for December, 2006

Tadi aku baru jumpa ngan senior aku, waktu lepak2 cerita pasal PS3 yg bakal keluar nanti. Sebenarnya kami mmg sekepala bab main game PS ni, so sebab tu aku kena duduk jauh2 dari dia sbb indeed rival..hehehe
PS3 merupakan console ke 3 selepas PS1 dan PS2, yg merupakan pesaing kepada Microsoft Xbox 360 dan Nintendo Wii.
PS3 ini telah berada di pasaran jepun pada 11 November hari tu dan pada 17 November telah dipasarkan di US, Canada, Hong Kong dan Taiwan. Ianya akan berada dipasaran Europe dan Australia pada March 2007..Erm..bila nak sampai ke Malaysia?? Jeng..Jeng..Tak lama lagi..
PS3 didatangi dgn 2 sistem konfigurasi iaitu basic dan premium. Apapun kita tunggu kehadiran PS3 ni ke pasaran Malaysia, memang lambat sikit sbb kalau masuk kat malaysia ni mesti diaorg dah rugi kerana modifier2 di Malaysia ni sangat terror utk memastikan keselesaan kita bersama..ehem..ehem..faham2lah maksudnyakan..
Posted on 7 December '06 by catzer, under Games. 1 Comment.
Argh…ini adalah walkman phone edisi baru gak dari sony ericsson. Walkman phone ini merupakan handset baru kakak aku..Yup, sebagai gadget freak aku mmg suke membelek-belek handset baru dia ni (maklumlah tak mampu aku nak belinya).
Dari segi bentuk, mmg petak segi empat sungguh handset ni. Dari segi spesifikasinya mmg sebijik PDA, tp nampak ranggi sedikit dari PDA phone. Dgn kapasiti 4GB, mungkin kakak aku akan letih memikirkan lagu apa dia nak minta kat aku nanti..
Conclusionnya, aku dengki dgn hset baru dia ni..so malas nak komen lebih2..

Posted on 7 December '06 by catzer, under Gadget. No Comments.
PDA phone 3G series P terbaru yg dikeluarkan oleh Sony Ericsson, dan telah aku ‘nodai’ PDA phone kawan aku ni utk mengetahui kelebihan dan kekurangannya. PDA phone yg harganya RM2000++ ni memiliki byk kelebihan lebih2 lagi dgn camera 2.0 megapixel aku rasa sgt berpuas hati dgn kualiti gambar yg diambil meskipun pada waktu malam. (gunakan night mode, jgn lupa).
Dilengkapi dgn teknologi touchscreen,bluetooth, handwriting recognition..bla..bla..erm mmg PDA phone yg bagus.
Kualiti bunyi, erm..tak payah ceritalah kalau dah namanya sony.
Dari segi harga trade-in pun, berbanding dgn pesaingnya spt O2,bla..bla..Harga PDA phone Sony Ericsson lebih tinggi berbanding pesaingnya.
Apa yg aku paling tak berkenan dgn PDA phone ialah luas permukaannya yg besar. Mmg standard begitu, kalau tak bukan PDA phone lah..
Kalau sesiapa berkenan dgn PDA phone ni, blehlah pergi jengkuk2 di area KL/Subang Jaya. Harga sepatutnya tidak lebih dari RM2500 dan diaorg akan bg sekali Memory Stick Duo 1GB, dan pelbagai lagi korang bleh demand sbb beli hset mahal kan..

P990i
Posted on 7 December '06 by catzer, under Gadget. No Comments.

Perisian ini merupakan perisian office PERCUMA utk mereka2 yg tak mampu beli perisian Microsoft Office.
Kalau korang nak cuba korang bleh download kat SINI
Posted on 7 December '06 by catzer, under Komputer. No Comments.
Lagu ni aku mmg suke gile sbb aku mmg tak suke berharap dlm apapun. Then SO7 always in my heart.
BERHENTI BERHARAP - SO7
aku tak percaya lagi
dengan apa yang kau beri
aku terdampar di sini
tersudut menunggu mati
aku tak percaya lagi
akan guna matahari
yang dulu mampu terangi
sudut gelap hati ini
aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta kudapat
kenapa ada derita
bila bahagia tercipta
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan
aku pulang, tanpa dendam
kuterima kekalahanku
aku pulang,tanpa dendam
kusalutkan kemenanganmu
kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
kau tunjukkan aku bahagia
kau tunjukkan kau derita
kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
rebahkan tangguhmu lepaskan
perlahan kau akan mengerti semua
Posted on 6 December '06 by catzer, under Hiburan. No Comments.
Ada setengah jam lagi nak masuk pukul 6.00 am. Kenapa aku lewat sgt tido? Actually semua ni disebabkan oleh fify yg mengatal nak mengawan. Aku terpaksa berjaga sbb tak bleh thn bunyi dia..
Tetiba aku rasa mcm nak call x-bestfriend aku (kenapa ada x- sbb kitaorg dah tak kawan baik lagi mau tanya). Tapi, aku mmg tak akan ganggu dia dah. Cuma kekadang perasaan sebagai seorg sahabat masih bersisa dlm hidup aku ni. Ada yg ckp aku tak patut buat mcm ni tanpa pengetahuan dia, tp fikir2 kalau beritahu tp takde respon serupa biarkan mcm tu je. Aku tak tahu nak jawap apa pada parent aku bile diaorg tanya nanti, sbb parent aku dah anggap dia mcm anak sendiri. Mungkin aku patut tukar topik waktu parent aku tanya nanti..hehehe
Beginilah rasa bile diketepikan oleh best friend sendiri kerana cinta. Aku lakukan semua ni sbb nak beri keselesaan pada dia. Dia tak mampu membahagikan masa dgn baik, jadi aku kurangkan beban dia dgn blah cepat2. Kalau betul2 kawan baik, kita sanggup berkorban apa saje kan..so aku korbankan persahabatan ni utk cinta dia. Sbb aku percaya persahabatan kerana Allah, saat berpisah tiada duka. Aku redha atas kehilangan ini, dan biarlah dia bahagia dgn cinta dan kerjaya yg diagung-agungkannya.
Aku pernah kehilangan sahabat kerana Allah lebih sygkan dia, jadi semoga kehilangan kali ini akan menjadikan aku insan yg lebih tabah. Mungkin masa 6thn tak cukup lama utk mengukuhkan persahabatan ini.
Yup, aku mereng seketika memikirkan kehilangan ini.
Posted on 6 December '06 by catzer, under True Life. No Comments.
Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.
Posted on 5 December '06 by catzer, under True Life. 1 Comment.
hahaha..tajuk jer gempak..actually tgh dok syok2 tgk iklan hotlink yg menggunakan huruf dari bentuk bangunan tu, aku jumpa link yg menarik..So, akupun menggatalkan tgn aku..hehehe..
memandangkan aku mmg suke main2..Alah..aku tahu korang mesti nak cuba gak kan..so cubalah kat sini..aku tak cite kat org lain punyer.
Posted on 4 December '06 by catzer, under Uncategorized. 2 Comments.
Sabtu minggu lepas, aku dan bebudak rumah pergi ke segamat, johor utk menghadiri majlis perkahwinan kawan satu diploma dulu. Sebenarnya, ada 2 org lagi kawan kami yg berkahwin pada tarikh yg sama..Tp kami hanya dpt menunaikan satu jemputan sahaja.
Apapun SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Faizah Halida, Nor Rizan Osman dan Yusfalina Mohd Yusof.. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu..
Kepada kawan2 yg lain, jgn malu2 utk mengundang aku menghabiskan nasi minyak kenduri korang.
Posted on 4 December '06 by catzer, under Uncategorized. No Comments.