I Hate to Share This, The Program That Paid Me $100 Monthly. Join NOW!!!
Powered by MaxBlogPress 

    7 C’s Perempuan Kena Tahu

    7 C’s yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.

    1. Comot
    Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.

    2. Cerewet
    Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

    3. Cemburu Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan dirimereka tidak dipercayai.

    4. Cuai
    Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.

    5. Celupar
    Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.

    6. Cabul
    Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.

    7. Cabar
    Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak… … ..

    Posted on 10 December '06 by catzer, under Fakta.

    Login or Register if don't want to fill in the details below everytime.