Persahabatan - Pekerjaan
hari ini aku beranikan diri call dia..Mungkin di kalangan kawan2, masalah kami seperti sudah dpt di hidu. Ada yg beri nasihat supaya buat seperti tiada apa2 yg berlaku. So, aku call opis dia then just nak tanya dia nak pergi tak kenduri kawin Pai 2hb ni..Jawapan simple, tgklah kalau takde apa2 pergilah..tak bleh nak janji..takut ada hal plak last minute..Akupun ckp oklah dan dpt rasakan seperti mmg dia tak rasakan apa2pun. Ketika aku berckp dgn dia rasa mcm bercakap dgn org yg takde perasaan pulak..
Aku letak telefon dan termenung sekejab…Mungkin betul kata aidah - mungkin itu cara dia utk menyesuaikan diri dgn keadaan sekarang, kita sebagai kawan kena terima semua tu. Saat2 mcm ni aku berdoa agar aku cepat dpt keje..dan betulkah pekerjaan akan buat org berubah sampai sebegitu sekali..Kenapa dlm beratus-ratus kawan aku yg bekerja hanya dia seorang yg berubah sehingga terasa kami terlalu asing. Seperti org yg tak di kenali.
Aku mmg tak akan berbuat apa2 lagi utk persahabatan ini..Sbb itulah yg dia mahu. Sesiapa yg memiliki sahabat..hargai mereka selagi persahabatan itu berharga..



2 Comments to “Persahabatan - Pekerjaan”